Bismillahirrahmanirrahim,
Saya masih
teringat kata-kata dari satu pengisian yang disampaikan oleh seorang sahabat. Beliau
ada berkata, bahawa manusia menginginkan kehidupan yang bahagia. Ya, hidup
bahagia. Hidup bahagia boleh dirujuk kepada banyak perkara, hidup yang tenang,
memilki harta yang banyak, rumah besar, kereta besar dan duit yang banyak dan
mampu beli dan buat apa sahaja. Sungguhpun, kehidupan yang bahagia tidak
berkait langsung dengan harta dan kemewahan hidup namun hakikatnya itulah apa
yang manusia hari ini merujuk sebagai hidup bahagia.
Hidup yang
bahagia ini hanya dimiliki tatkala hati ini merasa tenang dengan hidup. Hati
yang sentiasa hidup dengan mengingati Tuhan. Hati yang tidak pernah putus-putus
untuk berdoa, meminta, merendah diri, sujud, patuh, tunduk hanya kepada Allah.
Hati yang menolak dari dikuasai oleh dunia yang sementara. Hati yang ‘celik’
melihat keadaan sekelilingnya. Hati yang merasakan sayang kepada manusia di
sisinya. Hati yang sentiasa hidup bermatlamatkan redha Allah.
‘we will realize that our lives is
meant for each other’
![]() |
| gambar hiasan |
Kejayaan akademik
diukur dengan bilangan ‘A’ dan GPA yang
kita perolehi, atau dengan memiliki ijazah. Kejayaan ko-kurikulum kita ukur dengan melihat pingat
yang kita dapat dalam pertandingan, emas, perak dan gangsa. Kejayaan perniagaan
kita ukur dengan jumlah keuntungan. Kejayaan memerintah diukur dengan
pembangunan yang dilaksanakan. Kejayaan program diukur dengan bilangan orang
yang hadir.
Tetapi,
apakah kayu ukur kejayaan hidup kita?
Kita,
manusia, hidup bermatlamat. Kita hanya berjaya apabila kita mencapai matlamat
kita.
Apa
matlamat kita?
Wallahua’lam.
