“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”
Faham adalah susulan dari tahu dan kemudiannya menimbulkan amal.
Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.
Manakala, amal tanpa ilmu ibarat menunggu ayam jantan bertelur.
Kenapa manusia itu ibarat logam?
Kerana kita punya potensi yang amat hebat, besar dan kental jika kita tahu, kenal dan kita manfaatkan.
Sama seperti logam.
Logam jika tidak digunakan maka ia akan berkarat.
Jika ditempa dan dibentuk, maka ia akan menjadi sangat bermanfaat.
Kita akan jadi lebih dari ironman lakonan Robert Downey Jr. dalam filem lakonannya. Lebih hebat dari Captain America. Lebih kuat dari Superman.
Seandainya, kita FAHAM.
