Pada minggu ini, aku bersama 3 orang sahabat (epal, afiz dan ibad) telah melaksanakan satu trip ke Perak. Nama trip kami kali ini adalah trip "moh le kite'. Nama yang diambil sempena loghat rakyat Perak yang sungguh catchy. Best...
Kami bertolak jam 10.30 pm, atas sebab yang tertentu, kami bertolak lewat dari kolej. Kami mengambil Lebuhraya PLUS masuk melalui jalan Duta. Singgah berehat minum dan makan di R&R Rawang. Keluar dari lebuhraya melalui tol Bidor/Teluk Intan. Bergerak menuju ke Manjung dan seterusnya tiba di Teluk Senangin. Tiba tepat jam 4 am. Penat sungguh.... Tapi takpe. Brader epal memandu.
Seperti biasa, trip aku dan sahabat adalah berkenaan dengan memancing. Jadi kami pun memancing mula dari jam 4.15 am. Selepas solat Subuh, kami beralih dari memancing pantai ke memancing di kawasan berbatu. Teluk Senangin tak susah untuk sampai. Ikut papan tanda mesti sampai. Tempat yang cantik dan tenang. Kawasan pertandingan memancing pantai. Kemudahan yang lengkap (tandas, tapak khemah, chalet). Air laut yang jernih. Senang cerita, marvellous!
Walaubagaimanapun, tiada hasil memancing(lagi) untuk trip kali ini. Setelah dicuba berbagai kawasan di Teluk Senangin, kami pun bertolak ke rumah kawan kami sebab kenduri kahwin beliau. Tapi takpe, boleh cuba lagi. Bagi yang berkeinginan datang, amat dialu-alukan. Tempat yang sangat menarik. Ikan bukan tak ada tapi mungkin belum ada rezeki lagi. Kawasannya luas. Cuma airnya semasa pasang akan jadi sangat dalam dan ombaknya tinggi. Tapi best... Cuma tempatnya memang sedikit jauh dari pekan.
Apa lagi? Moh kite!
P/s: kalau ada yang berminat untuk buat atau join trip boleh inform... :)





