Bismillahirrahmanirrahim,
Bahagia bukanlah suatu tujuan, kerana kita tidak akan merasa bahagia sepanjang perjalanan kita. Bahagia bukanlah suatu kehidupan, kerana ia akan mati bila kita tiada.
Maka, bahagia itu hadir, apabila kita hidup dalam keberkahan. Dan keberkahan itu perlu diusahakan.
Hidup saya dipenuhi dengan melakukan kesilapan. Adakala kesilapan kecil dan adakala ia besar. Namun, tidak kira kecil ataupun besar, yang merisaukan saya adalah, saya telah melukakan hati orang lain. Lebih tragis, pada sahabat yang rapat.
Sungguh, setiap kali saya melakukan kesalahan, saya belajar, untuk tidak mengulanginya. Saya merasakan tidak cukup jika sekadar meminta maaf. Maka saya berusaha untuk berubah.
Saya jelas akhirnya, kebahagiaan itu dapat dicapai jika kita memiliki keberkahan. Maka sekiranya apa yang dibuat itu tidak membahagiakan, maka, kesilapan berlaku.
Maka, saya ingin meminta maaf kepada semua, terutamanya dia, kerana saya telah melakukan kesalahan yang berulang kali. Saya sedar perkara itu salah dan akhirnya berkah itu tidak hadir. Bahagia itu tidak datang.
Seandainya, saya mengulanginya, maka tegurlah. Saya bersedia. Kerana, saya mahu lakukan yang terbaik.