Monday 22 April 2024

Angin Kencang

 


Dalam rebah cahaya Ku memandang sepi Namun kau tiada di sisi Meski kau berkejar jauh Aku menanti, merindu Angin menggerakkan langkahmu Membawa kau pergi Terhempas ke hampa tanpa jejak Di malam sunyi, kau timbul dalam mimpi Aku merindukanmu Segala rasa yang berkecamuk Menyiksa diriku Meski waktu bergulir Kau tetap di sanubari Senyummu menebar pesona Angin menggenggammu pergi Membawa kau menjauh Lenyap tanpa kabar Di malam sunyi, kau timbul dalam mimpi Aku merindukanmu Angin menggenggammu pergi Membawa kau menjauh Lenyap tanpa kabar Di malam sunyi, kau timbul dalam mimpi Aku merindukanmu

Monday 26 March 2018

Salam perkenalan

Bismillahirrahminarrahim,

Assalamualaikum, 

Buat kesekian kalinya saya mengemaskini blog saya. Ingin dimanfaatkan bagi sesuatu yang berguna. Segala jenis perkongsian saya buat mengikut aktiviti yang saya lalui sepanjang hari saya. 
.
Izinkan saya memperkenalkan diri (tak pernah-pernah saya buat di blog dan facebook). Mudah-mudahan silaturahim kita semakin dekat dan rapat. 

Saya Is Aizat bin Samsuri. Mudah kenal dan ingat.
.
Saya buat macam-macam benda. Di bawah ini saya kongsikan 7 perkara tentang diri saya.
.
1. Saya lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Membesar di Taman Dato Harun, bersekolah di sana sehingga tingkaran 1. Kendian di Shah Alam (sekolah menengah asrama di SMKS 11, sekolah projek sukan). Berpindah ke Putrajaya. Sambung pengajian di UPM mengambil Asasi Sains Pertanian selama setahun setengah dan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi sehingga tahun 2014. Sempat mengikuti Kursus Usahawantani di Fakulti Pertanian selama 6 bulan.
.
2. Saya bekerja di Politeknik Nilai. Sudah masuk tahun ketiga. Tinggal di kuarters dan menjadi seorang warden. Mengajar bidang biotek juga bagi peringkat diploma. Kebanyakan pelajar biotek ini ramai yang berjaya setelah tamat pengajian kerana mereka seorang yg sentiasa okgo. Alhamdulillah.
.
3. Baru sahaja berkahwin pada bulan Januari.
Alhamdulillah
.
4. Saya suka menunggang motor juga. Pernah mengalami 17 kali kemalangan. Kali terakhir adalah pada bulan 8 tahun 2017. Awal tahun lepas (januari) merupakan kemalangan paling teruk dan saya mendapat cuti selama 3 bulan untuk proses pemulihan.
.
5. Di teratak maya ini saya banyak berkongsi gambar. Tidak banyak penulisan. Saya ada menulis blog tapi jarang dikemaskini. Saya suka berjalan. Selalu mengikuti aktiviti luar yang bersifat adventerous seperti hiking dan jungle trekking. Suka juga memancing dan menjala. Pernah menjadi fasi di Kem Lambaian Danau, Jasin. Di situ saya belajar menjadi orang yang tabah mindanya, hebat fizikalnya dan mulia pekertinya. Pak Let merupakan pengasas kem tersebut.
.
6. Saya selalu bermain badminton dengan team belia ikram Nilai setiap selasa malam. Sesiapa berminat, jom. Selain itu juga, saya banyak mengadakan program bersama masyarakat di sekitar Negerj Sembilan. Sekali lagi, siapa yang berminat, amat dialukan.
.
7. Saya dalam perancangan untuk melaksanakan dua perniagaan iaitu kafe kopi dan foodtruck mango shake/sandwich ayam. Selain itu, projek pertanian yang dalam fasa untuk dimajukan.
.
Terima kasih sudi baca. Mungkin anda juga nak kongsikan beberapa perkara tentang diri anda. Saya nak kenal dan berkawan.
.
IAS
Perembat, perenang, penghentam
Rider motor
Perunsing fikiran orang
Pelabur duit sendiri

Sunday 31 January 2016

Lagu Kita

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Terciptalah lagu kita

Thursday 18 June 2015

Ada orang...

Bismillahirrahmanirrahim,

Ada orang, sekali peringatan dan terkesan,
Ada orang, dua kali peringatan baru terkesan,
Ada orang banyak kali peringatan baru terkesan,
Ada orang, dah banyak kali peringatan pun tak terkesan-kesan,

Aku, banyak kali peringatan pun tak ingat-ingat...

Ada orang, makan sedikit dah cukup,
Ada orang, makan banyak, baru cukup,
Ada orang, makan banyak, tak cukup-cukup
Ada orang, tak dapat makan lansung, makan pun jarang-jarang,

Aku, makan tak peduli orang...

Ada orang, duit banyak beli kereta besar,
Ada orang, beli kereta ikut kemampuan,
Ada orang, simpan duit sikit baru beli,
Ada orang, duit sikit, nak beli yang mahal kemain,

Aku, duit sikit atau banyak, tak reti nak jimat

Ada orang, buat kerja bersungguh, dah habis kerja pun masih ada kerja lain,
Ada orang, tak minta kerja, kerja datang sendiri,
Ada orang, kerja buat sekadar yang ada,
Ada orang, tak reti nak buat kerja,

Aku, kerja tak habis, pergi buat benda lain...

*p/s: muhasabah sebelum mula mengajar minggu depan 


Tuesday 16 June 2015

Menikmati Dunia dengan Perlahan

Bismillahirrahmianirrahim,

Pada hari ahad yang lepas, saya bersama rakan telah pergi ke Jalan Panggong. Di mana, berkumpulnya ramai manusia gelandangan darang untuk mengambil makanan. Mengiai perut yang entah berapa lama tidak menjamah makanan. Mungkin makan, mungkin tidak. Mungkin cukup, mungkin tidak. Walau apa-apapun, itulah kehidupan mereka sehari-harian. Syukur kerana terdapat sekelompok anak muda yang mahu memikirkan dan mendalami kehidupan gelandangan ini. Dan kelompok ini pastinya ramai lagi di serata Malaysia yang mempunyai empati yang sama. 



Kehidupan di bandar, menuntut penghunimya untuk bergerak pantas. Menyelesaikan tugasan atau kerja yang diberi oleh orang atasan. Menghantar dokumen kepada penerimanya. Bertemu pelanggan dan sahabat perkongsian. Membuka kedai untuk mencari nafkah. Bergerak menuju ke tempat kerja. Sehingga boleh saya katakan, sekurang-kurangnya, 1/3 dari seharian penghuni bandar adalah di atas jalanraya kerana mereka perlu sentiasa bergerak. Kesesakan di sana sini. Hingga akhirnya, apabila kita sentiasa bergerak pantas ini, kita, saya terlupa untuk menikmati apa yang ada di sekeliling. 


Allah berkata di dalam al Quran menyeru manusia untuk berjalan, mengembara, melihat dan berfikir tentang kebesaran Allah, penciptaan-penciptaanNya, kesan dan akibat dari golongan terdahulu dan banyak lagi. Supaya dengan apa yang kita dapat dari perjalanan itu, ia membina pengalaman baru untuk kita. Menambah pengetahuan. Mendapat kawan-kawan baru. Menjadi matang dalam kehidupan kita. Dengan kematangan itu, menjadikan kita lebih rasional. Lebih menghargai segala apa yang berlaku. Rasional itu hujah dalam menegakkan kebenaran. Dan kebenaran itu akan menumbangkan kebatilan. Kebenaran itu sifatnya jelas. Yang jelas itu datangnya hanya dari Allah.  

Maka kehidupan ini akan menjadi lebih bermakna.

Seringkali, saya membawa kenderaan dengan pantas. Menempuh lebuhraya dan jalan-jalan kecil. Menaiki motor ataupun berjalan sahaja. Seringkali juga, saya terlepas, untuk melihat apa yang ada di sekeliling saya. Gunung yang tinggi dan teguh. Langit yang biru. Matahari di waktu pagi dan senja. Malam yang indah dihiasi bulan dan bintang. Lautan yang terbentang luas. Hutan yang menghijau. Semuanya membawa mesej tertentu yang perlu kita fikir agar kita menjadi lebih dekat dengan Allah. Setiap satu ciptaanNya itu mempunyai keistimewaan tersendiri. 

Kehidupan ini akan mampu dinikmati dengan bergerak perlahan. Kita mampu untuk lihat dengan teliti di sekeliling kita. Merefleksi dan muhasabah semula apa yang telah kita buat sepanjang masa yang lepas. Kenalpasti segala kelemahan diri agar dapat diperbaiki. Melihat ke lorong lorong kehidupan manusia lain yang serba kekurangan. Kerana kita memang dicipta untuk sama lain. Kita bukan sekadar memenuhi kehendak orang lain. Tapi juga keperluan yang dinikmati bersama. 

Akhirnya ketika itu, kehidupan kita akan lebih dinikmati bila kita bergerak perlahan dan melihat ke sekeliling kita dengan pandangan seekor helang yang sedang terbang di udara. 

Wallahua'lam.





Tuesday 7 April 2015

Sebulan Mengajar

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, sudah sebulan saya mula mengajar di Politeknik Nilai. Satu fasa baru yang menuntut saya untuk menjadi lebih baik dari segi ilmu, pengetahuan, kemahiran, sikap, kefahaman, teknik mengajar dan yang paling penting sekali adalah tarbiyah diri.

Teringat pesan seorang kawan saya suatu masa dahulu ketika beliau hendak melansungkan pernikahan beliau, "sentiasalah perbaharui niat. setiap hari, setiap masa dan setiap peristiwa yang berlaku, perbaharui niat kamu." Sungguh, mesejnya itu cukup jelas dan ringkas. Namun, tuntutan untuk sentiasa memperbaharui niat itu sangat signifikan jika dikaitkan dengan kehidupan seharian kita ini.

Setiap hari, saya akan menunggang motosikal ke tempat kerja. Thumb in untuk rekod kehadiran harian ketika tiba di pejabat. Berada di ruang kerja. Mengadap komputer untuk melihat emel-emel baru. Melaksanakan sebarang kerja yang perlu disiapkan segera atau yang baru diberi oleh orang atasan. Tiba waktu tengahari, keluar berehat bersama kawan kerja. Menunaikan solat zohor di surau politeknik. Masuk semula ke pejabat. Menyambung semula kerja yang ada (jika ada). Selesai waktu kerja, thumb out dan solat asar. Selesai solat, bergerak pulang. Ketika di rumah, membuat apa-apa kerja rumah yang ada atau hanya duduk berehat. Jika ada sebarang aktiviti, keluar melaksanakan aktiviti. Dan aktiviti ini berulang dari hari ke hari dengan sedikit penambahan atau kekal sahaja.

Ini hanyalah sedikit coretan yang dikongsikan secara ringkas. Saya yakin, hidup kita semua tidaklah seringkas itu. Pasti, kita akan menggunakan masa kita berbuat sesuatu yang kita rasakan berfaedah. Namun apa yang cuba hendak ditekankan adalah, keperluan berniat dalam setiap apa yang kita buat. Kita punyai cita-cita besar. Kita ada impian yang besar. Sungguh sayang sekali, jika kita tidak menetapkan niat dalam setiap perkara yang kita buat kerana dirisaukan, kerja itu akan membuat kita letih, lesu dan rasa lemah.

Setiap hari saya berjumpa dengan para pelajar membuat saya rasa bersemangat. Kerana mendidik bukanlah suatu perkara yang mudah. Tetapi sangat menggembirakan kerana menyampaikan sesuatu ilmu adalah perkara yang sangat bermakna buat saya. Melihat kejayaan yang anak murid kita capai suatu hari nanti adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Justeru, saya berdoa agar Allah SWT memberi keteguhan dalam diri kita semua agar sentiasa kuat dan tabah juga sentiasa beringat agar diperbetul, diperbaharui dan dipebanyakkan niat agar kita berada di atas jalan yang benar. Wallahua'lam.


Tuesday 25 November 2014

how deep is your love

I know your eyes in the morning sun
I feel you touch me in the pouring rain
And the moment that you wander far from me
I want to feel you in my arms again
And you come to me on a summer breeze
Keep me warm in your love, then you softly leave
And it's me you need to show

How deep is your love, how deep is your love
How deep is your love?
I really mean to learn
'Cause we're living in a world of fools
Breaking us down when they all should let us be
We belong to you and me

I believe in you
You know the door to my very soul
You're the light in my deepest, darkest hour
You're my savior when I fall
And you may not think I care for you
When you know down inside that I really do
And it's me you need to show

How deep is your love, how deep is your love
How deep is your love?
I really mean to learn
'Cause we're living in a world of fools
Breaking us down when they all should let us be
We belong to you and me