Monday, 16 April 2012

Jalan-jalan

Baru-baru ini, saya ada menghadiri sebuah forum berkenaan homoseksualiti. Di dalam forum tersebut membincangkan tentang adakah isu gender ini suatu jenayah(dalam konteks mudah) atau boleh diterima di Malaysia.

Sebagai mahasiswa yang belajar di UPM, jarang untuk mendapati isu-isu seperti ini wujud atau heboh di UPM. Namun, bukannya keadaan terlalu baik di Serdang. Cuma, tidak wujud terlalu ketara atau mungkin, isu lain yang lebih menonjol.

Hm, ok baik, pasal isu jantina ni, memang ada kaitan dengan faktor genetik selain pengaruh kawan dan media. Cuma tertarik dengan pendirian seorang ahli panel yang secara terus mengaitkan isu ini ialah isu moral. Moral adalah suatu perkara asasi yang membolehkan manusia hidup dalam suasana yang harmoni dan selamat. Bila kata berkenaan gender, memang berkait rapat dengan moral sebabnya,benda ni tak menurut fitrah. Tapi pendirian golongan ni merasa berhak untuk diterima dalam masyarakat. Tiada diskriminasi. Selamat untuk meneruskan.

Saya hanya faham yang benda ni memang tak boleh diterima. Tapi, selepas program tu, saya dapat satu penjelasan baru. Mungkin dapat dikaitkan dengan suatu kisah yang pernah berlaku suatu masa dulu. Bagaimana kita (saya) sepatutnya memainkan peranan dalam memahamkan, menyedarkan masyarakat berkenaan perkara seperti ini. Juga, bagaimana kita perlu bertindak sebagai pelindung kepada orang di sekeliling kita daripada orang yang zalim.

Ar Rasul sendiri melindungi penduduk yang berlainan agama. Saya mendengar cerita dari seorang yang mengaku homoseks dipergunakan dan diperalatkan hingga tak tahu pada siapa dia hendak mengadu.

Saya bukan penyokong kepada LGBT. Cuma ingin semua merasakan bahawa moral tidak dibentuk dengan hanya wujudnya sistem. Kerana moral dibentuk oleh suatu yang lebih menyeluruh dan wujud secara fitrah iaitu agama.

(janganlah bermalas-malasan lagi. Huhu...)

Sunday, 15 April 2012

Becoming a Ninja

Ninja adalah salah satu karakter yang signifikan dalam kalangan penduduk Malaysia hari ini .

Banyak yang boleh dipelajari dari ninja dalam cerita2 ninja yang ada.

Untuk mejadi seorang ninja memerlukan seseorang itu untuk meletakkan seluruh hidupnya untuk menjadi seorang ninja.



Dalam perjalanan menjadi ninja itu, seseorang itu perlu melalui latihan yang mampu melatih 3 aspek @ komponen asas seorang manusia ; jasad, akal dan roh (sebutan lain ; mental, jasmani dan rohani). Latihan fizikal membentuk tubuh badan yang kuat dan berdaya tahan dengan segala rintangan fizikal. Latihan akal untuk menajamkan fikiran, menambah ilmu pengetahuan dan bersedia menyelesaikan masalah. Latihan rohani melengkapi kedua aspek dengan menentukan akhirnya kekuatan fizikal dan mental akan digunakan untuk kebaikan. Melatih dalaman agar lebih yakin untuk menghadapi rintangan dan cabaran.

Seorang ninja tidak pernah kenal erti putus asa. Jarang sekali untuk mengaku kalah ketika berjuang. Masa beliau seharian digunakan untuk berjuang.

Berjuang menegakkan KEBENARAN.


Hidup seorang ninja adalah untuk berbakti kepada masyarakat di sekeliling. Kekuatan yang ada digunakan untuk menolong orang lain. Ilmu yang dipelajari digunakan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat disekeliling dia. Tidak kenal erti letih dalam berjuang. Masa dibahagikan dengan baik. Masa untuk Pencipta, masa untuk masyarakat dan masa untuk sendiri. Dan untuk diri sendiri paling kurang dibahagikan.

Sentiasa komited dalam menjalankan tugas. Jelas dengan matlamat hidup. Mampu membezakan antara matlamat dan alat. Sentiasa perbaiki amalan-amalan seharian. Sentiasa berusaha untuk memperbaik keadaan sekeliling.

Bagaimana untuk menjadi seorang ninja, begitu juga bagaimana kita menjadi seorang muslim. Malah perlu menggunakan usaha yang lebih tinggi dan gigih lagi.

Selamat bejuang kepada anda yang membaca. Semoga anda terus diberi kekuatan untuk terus berjuang. Semoga kita berjaya mencapai cita-cita dan matlamat kita.

Selamat berusaha. Insya-Allah.

Thursday, 5 April 2012

Siapa kita?

Siapa kita?

Kadang kita mungkin bertanya kepada diri kita siapa kita yang sebenar. Mungkin, sampai satu masa kita akan memikirkan apa yang pernah kita buat selama kita hidup. Atau mungkin, kita memikirkan apa yang kita pernah capai atau dapat? Mungkin lagi, kita bertanya kerana kita ingin tahu apa yang pernah kita sumbangkan kepada orang sekeliling, masyarakat, rakan, sahabat, Ibubapa, kolej kediaman, fakulti mahupun tempat kita kerja dan di mana sahaja kita berada. 

Sesetengah orang mungkin menggunakan masa dengan membaca, dan study. Sesetengah mungkin tengah memasak burger yang berbagai-bagai jenis. Ada juga yang tengah sibuk membuat persiapan majlis. Mungkin juga sedang memberi ceramah di surau atau masjid. Yang biasa, mungkin tengah main DoTA, counter strike source dan lain-lain.


Banyak perkara yang mampu dibuat oleh manusia. Apatah lagi di usia yang muda. Pastinya, dengan tenaga yang banyak pada waktu itu, banyak perkara yang boleh dilakukan selagi mana yang termampu.

Hakikatnya, dalam diri kita sentiasa wujudnya perasaan tercari-cari. Mencari diri sendiri, erti hidup, tujuan hidup, mencari... masa hadapan yang bahagia, tercarikan perkara-perkara yang membahagiakan kita.

Kalau tidak, mana mungkin kita menyertai salah satu kelompok dalam masyarakat.

Masyarakat dibentuk oleh kelompok-kelompok masyarakat yang kecil. Kelompok kecil ini boleh jadi apa sahaja.

Adakah diri kita ditentukan oleh kelompok-kelompok kecil dalam masyarakat ini?

Pastinya tidak. Kerana, diri kita sendirilah yang berhak dan mampu untuk menentukan hala tujunya sendiri.

Persoalannya, adakah kita sudah membuat pilihan yang tepat?

Wallahua'lam.




Monday, 2 April 2012

Kuat semangat. Yeay!!

Apa agaknya yang diperlukan oleh... :

orang yang mahu bangun tidur dengan mudah

pelajar yang cemerlang dan mendapat ijazah kelas pertama

peserta acara explorace untuk menang

seorang Ibu yang perlu melayan kerenah anak-anaknya

pekerja yang seharian membanting tulang demi mencari sesuap nasi

cikgu yang ingin membentuk anak muridnya agar berjaya menjadi seorang manusia

petani yang jarang sekali mengambil cuti

manusia yang ingin menjadi seorang super saiya peringkat 5 !!

Apa yang sama pada mereka semua? 

Ya, apa yang dimiliki oleh mereka semua adalah semangat yang kuat dan kental dan tidak mudah luntur dengan dugaan dan cabaran, yang tidak mudah lusuh dengan kepenatan, yang tidak senang hilang dengan tekanan dan sentiasa berazam untuk bekerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik!!!!