Thursday, 5 April 2012

Siapa kita?

Siapa kita?

Kadang kita mungkin bertanya kepada diri kita siapa kita yang sebenar. Mungkin, sampai satu masa kita akan memikirkan apa yang pernah kita buat selama kita hidup. Atau mungkin, kita memikirkan apa yang kita pernah capai atau dapat? Mungkin lagi, kita bertanya kerana kita ingin tahu apa yang pernah kita sumbangkan kepada orang sekeliling, masyarakat, rakan, sahabat, Ibubapa, kolej kediaman, fakulti mahupun tempat kita kerja dan di mana sahaja kita berada. 

Sesetengah orang mungkin menggunakan masa dengan membaca, dan study. Sesetengah mungkin tengah memasak burger yang berbagai-bagai jenis. Ada juga yang tengah sibuk membuat persiapan majlis. Mungkin juga sedang memberi ceramah di surau atau masjid. Yang biasa, mungkin tengah main DoTA, counter strike source dan lain-lain.


Banyak perkara yang mampu dibuat oleh manusia. Apatah lagi di usia yang muda. Pastinya, dengan tenaga yang banyak pada waktu itu, banyak perkara yang boleh dilakukan selagi mana yang termampu.

Hakikatnya, dalam diri kita sentiasa wujudnya perasaan tercari-cari. Mencari diri sendiri, erti hidup, tujuan hidup, mencari... masa hadapan yang bahagia, tercarikan perkara-perkara yang membahagiakan kita.

Kalau tidak, mana mungkin kita menyertai salah satu kelompok dalam masyarakat.

Masyarakat dibentuk oleh kelompok-kelompok masyarakat yang kecil. Kelompok kecil ini boleh jadi apa sahaja.

Adakah diri kita ditentukan oleh kelompok-kelompok kecil dalam masyarakat ini?

Pastinya tidak. Kerana, diri kita sendirilah yang berhak dan mampu untuk menentukan hala tujunya sendiri.

Persoalannya, adakah kita sudah membuat pilihan yang tepat?

Wallahua'lam.




No comments:

Post a Comment