Sekali lagi, ia berkenaan potensi. Manusia dicipta dengan
memiliki potensi masing-masing. Sayangnya, ramai yang masih tidak mampu
mengenali potensi yang terkandung dalam diri mereka. Kita selalu sahaja
mendengar atau pergi mendengar pengisian berkenaan bakat atau potensi yang
terpendam dalam diri kita. kita sering mendapat suntikan untuk mengeluarkan
bakat tersebut untuk digunakan untuk memajukan diri kita.
Kadang-kadang kita terasa kurang yakin dengan diri kita.
rasa kurang yakin dalam mengeluarkan potensi-potensi yang ada. Selalu sahaja
berasa lemah apabila berhadapan yang mungkin lebih menonjol dan berpotensi
tinggi.
Tetapi ingatlah, potensi yang kita ada akhirnya hanya akan
merosakkan kita jika ia terus tersimpan. Potensi yang tidak terkeluar akan membuat
kita berantakan dalam diri kita.
Keluarkanlah potensi tersebut. Ia bukan untuk ditunjukkan
pada pandangan manusia lain. Bukannya untuk mendapat pujian dari orang lain.
Bukan untuk merosakkan diri kita. tetapi, potensi itu adalah untuk kita
mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita dan meraih syurgnya di akhirat
kelak.
Bakat itu tidak akan pernah padam. Potensi itu tidak akan
hilang tiba-tiba. Di saat kita mula menyedari dan menggunakan potensi kita,
ianya akan terus berkembang dan berkembang selagi hayat kita dikandung badan. Potensi tanpa sempadan.
![]() |
| http://www.sacredart-murals.co.uk/mural-gallery/toy-story-mural-shrek-monsters-inc.htm |


.jpg)
