Wednesday, 4 July 2012

Beraksi


Perbuatan berkata lebih kuat dari perkataan (baca: actions speaks louder than words). Tindakan akan menampakkan hasil. Tindakan yang betul akan memberi hasil yang baik dan jika tindakan yang salah akan memberi hasil yang tidak baik. Segala tindakan bermula dengan pemahaman. Pemahaman datang dari pengetahuan. Pengetahuan datangnya dari pembelajaran.

Ironinya, kebanyakan orang termasuk saya, proses yang membawa kepada tindakan tidak berlaku. Ianya tergantung sekadar tahap berfikir. Maka ramai yang berfikir, berhujah memberi pendapat, berdebat menegakkan pendapat masing-masing tetapi, hasilnya tidak kelihatan.

Selain dari pengetahuan, apa yang perlu di’mindset’kan dalam kita membuat kerja(tindakan) adalah tujuan atau niat apa yang kita letak dalam membuat sesuatu perkara. Begitu juga rasa kehendak untuk membuat sesuatu perkara. Timbul persoalan, bagaimana untuk mewujudkan rasa kehendak tersebut? Bagaimana, setelah banyak yang kita perolehi dapat mewujudkan momentum dalam menggerakkan kita untuk bekerja? Ilmu yang banyak dimiliki dapat disalurkan dengan apa cara dan bentuk yang bagaimana?

Saya tiada jawapan muktamad kepada persoalan-persoalan tersebut. Mungkin, saya hanya dapat kaitkan dengan niat apakah kita berbuat sesuatu perkara itu.

Melihat dalam skop yang lebih luas, bagaimana, dengan apa yang kita perolehi dapat memanfaatkan masyarakat. Apa sumbangannya? Apa kesannya? Bagaimana dalam jangka masa panjang nanti?

Kesimpulannya, banyak perkara di dunia ini adalah memerlukan usaha. Bukan sekadar percakapan sahaja. Dalam mewujudkan hasil yang bermakna, maka, ia bergantung kepada niat dan tujuan apa yang hendak dicapai.

Semoga saya dapat menjadi lebih faham dalam melakukan sesuatu tindakan.

Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment