Pernah suatu ketika, timbul satu persoalan mengenai fungsi otak sebagai penterjemah segala apa yang kita lihat melalui mata kita. Otak dikatakan hanya membentuk imej yang paling sesuai dan selari dengan apa yang kita lihat. Dalam kata lain, manusia sedang melihat sesuatu yang 'bukan benar'kerana otak kita hanya membuat suatu andaian. Kita sebenarnya sedang melihat suatu yang fantasi!
Kita sebenarnya sangat yakin bahawa hidup kita di dunia hanyalah sementara. Seperti kita menyinggah suatu hentian di lebuhraya. Telahpun tercatat bahawa dunia ini tidak lain hanyalah sementara, penuh dengan khayalan juga bukan tempat untuk kita bermain. Persoalannya, apa yang kita sedang bersedia untuk menghadapi mati dan melalui ke fasa seterusnya? Kata ramai ustaz, tepuk dada tanya iman.
Kita, manusia semakin hari semakin kenal, mengerti dengan peranan kita sebagai manusia. Kita semakin tahu keupayaan, kelemahan dan potensi yang diberi pada kita. Tetapi sekali lagi, kita lupa.
"human knows that they are going to die, however they turn their self and forget."
Perlu kita sedar realiti hidup ini. Dunia ini sungguh, penuh dengan khayalan yang sangat, sangat mengkhayalkan. Lihat diri kita sendiri(saya) dan masyarakat disekeliling. Adakah kita sedar atau sedang melarikan diri dari realiti kematian kepada fantasi dunia.
Sungguh, susah bagi kita untuk terus kekal ingat mengenai hakikat hidup dan kematian. Walaubagaimanapun, tidak mustahil untuk sentiasa ingat. Hati dan akal yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa memenuhkan masa dengan persiapan untuk alam yang berikutnya. Dan mereka adalah manusia yang paling genius di dunia ini. Manakala manusia yang lupa akan menyesal tatkala masa itu tiba. Na'udzubillahi min zalik.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment