Wednesday, 23 January 2013

Istiqamah

Andai kata ada jalan yang mudah untuk istiqamah, maka sudah ramai yang baik sekarang ni.

Betul, memang istiqamah tidak mudah tapi ia tidak mustahil.

Seringkali kita dianjurkan untuk terus istiqamah beramal, kekal atau tsabat dalam melakukan sesuatu perkara. Berbagai kisah yang dapat diteladani berkenaan kelebihan dalam istiqamah melakukan amal.

Secara deria biasanya, bila kita kata tentang istiqamah, maka serta merta ia berkenaan melakukan kebaikan.

Suatu malam, singgah di sebuah masjid untuk solat isya. Baru masuk waktu. Sewaktu melangkah ke dalam masjid, terlinat kebanyakan jemaah adalah terdiri daripada pakcik. Terdapat seorang pakcik, imam masjid, solat sunat di tepi tiang masjid. Dia semacam tidak mampu untuk solat berdiri lama. Tapi, semasa mahu solat isya, dia solat berdiri tidak menggunakan kerusi. Saya kagum. Pakcik ini sangat gagah. Ah, sungguh hebat. Dia tidak kuat untuk berdiri secara fizikal. Tetapi, rohani atau dalaman yang kuat membolehjan dia untuk solat secara berdiri. Sudah tentu, kekuatan itu bukan dibentuk sehari dua, bahkan lebih lama. Mungkin sejak dari mudanya.

Lama aku terfikir, seandainya aku di umur pakcik itu pada masa akan datang, adakah aku punya kekuatan sedemikian. Istighfar. Ya Allah, kurniakanlah hidayah dan taufikMu kepada hambaMu yang mendambakannya.

Seketika kemudian, aku tercari golongan muda yang sepatutnya lebih memenuhi ruangan kosong dalam masjid itu. Tiada. Semoga kita menjadi antara golongan yang mendapat naungan diwaktu tiada naungan selain naungan Allah. Sentiasa rindu untuk ke rumah Allah.

Thursday, 3 January 2013

Mendidik

Suatu pagi, di atas motosikal sedang menuju ke lokasi X. Terserempak dengan sekumpulan pelajar sedang berjalan menuju ke pondok bas dan ke ke kuliah. Waktu, 7.00 am.

Dalam fikiran waktu itu, 'wah! awalnya pegi kuliah. Tunggu awal-awal pun bukannya bas ada lagi. Budak baru kot ni. Tak tau lagi. Tapi bagus jugak tunggu awal. Tak lah lambat pegi kuliah.' Ujar aku.

Tapi hakikatnya, memang jadi kebiasaan pelajar baru akan tunggu bas awal. Takut lewat atau mahu datang awal. Jadi tunggu awal. Takpe, tak jadi masalah. Tapi, sampai satu masa, fenomena(sebab tak tahan lama) ini akan tamat bila mana, kita ada mindset 'awal lagi', 'datang awal lecturer belum sampai lagi', 'bas bukannya dah ada pun' dan lain-lain lagi.

Dan itu memang berlaku...

Mungkin kita nampak perkara ni hanya berkaitan dengan masa, atau kemudahan. Tapi, benda ni banyak sebenarnya bermakn dengan sikap, attitude, sifat seseorang.

Bila mana dia tahu kelas dia awal dan jauh, dia tahu kena datang awal. Bila dia tahu ramai akan turun kalau dia lambat, dia akan turun awal.

Dan saya melihat, perkara ini bermula dengan didikan. Mungkin banyak lagi cara lain yang mungkin efisien dan efektif. Tetapi saya dan juga ramai lagi percaya ia bermula dengan didikan.

Bagaimana agaknya boleh saya didik supaya kita boleh dan mampu menjaga masa?

Tambahan lagi, selalunya pelajar senior memang akan ajar pelajar baru tentang sistem-sistem yang ada dan cara nak melaluinya.

Ya, beritahu mereka bagaimana untuk melaluinya. Sehingga sampai satu masa, mereka dan kita akan belajar. Kita lalui dan belajar. Kita tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah.

Mendidik bukan bermakna kita menyuruh untuk anak murid mengikut kita. Tapi kita didik dia untuk selesaikan masalah mengikut cara yang dibenarkan.

Wednesday, 2 January 2013

Disiplin

'Is, jom pegi gym. Teman aku nak buay workout. Boleh?'

'Boleh je. Minggu depan baru ada test semula.'

'Ok, esok pagi kat stadium. Kita gerak sekali.'

'Orait..'

Di keesokan hari, mamat yang telah mengajak pergi gym ni pun buat workout dengan bersungguh-sungguh.

Sungguh, jarang aku tengok individu yang mempunyai disiplin macam sahabat aku yang sorang ni. Memang, ramai orang yang datang ke gym untuk membina badan. Tapi, lain pada sahabat aku ni, dia ada sebab bukan sekadar nak kuruskan badan tapi supaya dia mampu untuk 'membina' individu lain.

Tidak dinafikan memang sahabat aku ni seorang yang mempunyai BMI pada peringkat obesiti. Tapi, dia ada semangat untuk bersenam dari dulu sampailah hari ini.

Sungguh, jarang aku lihat individu sedisiplin beliau. Aku respek beliau. Semoga semangat dia berkekalan dan tidak pudar agar cita-cita dia tercapai. Amin!!! In shaa Allah.

*sifat disiplin ini adalah antara perkara yang seharusnya dimiliki oleh manusia dalam kehidupam seharian. Disiplin bukan bermakna tegas atau terhad. Tetapi meletakkan diri kita pada suatu tahap yang mampu membentuk diri kita untuk lebih bermakna.

Disiplin menggambarkan matlamat. Individu yang bermatlamat jelas memiliki semangat yang dibina di atas dasar faham, kemudian dijalankan dengan amal yang ghairah.