Andai kata ada jalan yang mudah untuk istiqamah, maka sudah ramai yang baik sekarang ni.
Betul, memang istiqamah tidak mudah tapi ia tidak mustahil.
Seringkali kita dianjurkan untuk terus istiqamah beramal, kekal atau tsabat dalam melakukan sesuatu perkara. Berbagai kisah yang dapat diteladani berkenaan kelebihan dalam istiqamah melakukan amal.
Secara deria biasanya, bila kita kata tentang istiqamah, maka serta merta ia berkenaan melakukan kebaikan.
Suatu malam, singgah di sebuah masjid untuk solat isya. Baru masuk waktu. Sewaktu melangkah ke dalam masjid, terlinat kebanyakan jemaah adalah terdiri daripada pakcik. Terdapat seorang pakcik, imam masjid, solat sunat di tepi tiang masjid. Dia semacam tidak mampu untuk solat berdiri lama. Tapi, semasa mahu solat isya, dia solat berdiri tidak menggunakan kerusi. Saya kagum. Pakcik ini sangat gagah. Ah, sungguh hebat. Dia tidak kuat untuk berdiri secara fizikal. Tetapi, rohani atau dalaman yang kuat membolehjan dia untuk solat secara berdiri. Sudah tentu, kekuatan itu bukan dibentuk sehari dua, bahkan lebih lama. Mungkin sejak dari mudanya.
Lama aku terfikir, seandainya aku di umur pakcik itu pada masa akan datang, adakah aku punya kekuatan sedemikian. Istighfar. Ya Allah, kurniakanlah hidayah dan taufikMu kepada hambaMu yang mendambakannya.
Seketika kemudian, aku tercari golongan muda yang sepatutnya lebih memenuhi ruangan kosong dalam masjid itu. Tiada. Semoga kita menjadi antara golongan yang mendapat naungan diwaktu tiada naungan selain naungan Allah. Sentiasa rindu untuk ke rumah Allah.
No comments:
Post a Comment