Sunday, 27 April 2014

Inkubasi Usahawantani UPM

Bismillahirrahmanirrahim,

Program Inkubasi Usahawantani adalah kursus yang dilaksanakan oleh pihak Fakulti Pertanian yang mempunyai objektif melahirkan para usahawan dalam bidang pertanian dari kalangan muda (20 - 35 tahun) dan lepasan institut pengajian.

Kursus ini dilaksanakan selama 6 bulan di bawah pemantauan pihak urusetia Inkubasi yang diketuai oleh Tuan Haji Sahbani Saimin yang turut merupakan bekas timbalan pengarah FAMA. Kursus ini terdiri daripada beberapa modul seperti ternakan ayam kampung, ternakan ikan tilapia, tanaman rock melon, pengurusan makanan dan ekopelancongan. Para peserta boleh memilih salah satu dari modul tersebut untuk dijalankan perniagaan yang berkaitan modul yang dipilih tersebut.

Semenjak ia dilaksanakan dari tahun 2012, banyak syarikat yang telah berjaya ditubuhkan impak dari pelatihan dalam kursus ini. Para usahawan tersebut akhirnya berjaya membina perniagaan masing di lokaliti mereka dan berjaya melangkah jauh.

Sebagai salah seorang peserta Inkubasi sesi 2014 ini, aku berasa amat seronok dan bermakna. Banyak ilmu, pendapat, kemahiran, sahabat dan lain-lain yang aku perolehi sepanjang kursus. Sekarang kursus ini hampir memasuki bulan 5. Hanya tinggal 1 bulan lagi sebelum kursus ini tamat. Sesungguhnya, ia tidak pernah tamat bagi aku sebab ia adalah suatu permulaan. Mana mungkin ia berakhir dengan hanya memiliki sekeping sijil tamat kursus.

Jangan risau, pelbagai gambar menarik menanti anda. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen atau emel ke is.aizat01@gmail.com. Mari like page FB kumpulan ayam kampung kami, Israa Entreprise : https://www.facebook.com/israaenterprise?ref=hl



Bawaku Terbang...

Bismillahirrahmanirrahim,

Setelah beberapa minggu berdepan dengan peperiksaan, penulisan tesis dan ulangkaji, akhirnya masa sebagai seorang pelajar ijazah di universiti hampir tamat. Setelah 4 tahun setengah berada di universiti, akhirnya tiba masa untuk terbang lebih tinggi lagi dengan sayap kecil yang baru tumbuh semasa pengajian. Harapannya, semoga sayap kecil itu mampu untuk terus membesar dan membawa aku terbang lebih jauh..

Sungguh, mendengar kisah-kisah dari orang yang lebih berpengalaman dari aku memberi aku bayangan perjalanan jauh yang sukar untuk ditempuhi. Namun, cerita-cerita itu membangkitkan aku untuk sentiasa bangun dari kejatuhan aku. Membina disaat aku menghadapi tentangan dan ujian. Melatih aku untuk menjadi lebih dewasa. Menguatkan sayap aku untuk terbang lebih tinggi lagi. Tinggi untuk menggapai redhaNya.

Walaubagaimanapun, aku tidak mampu untuk terbang berseorangan. Aku perlu membawa yang lain, orang-orang disekeliling aku untuk terbang sama. Supaya penerbangan itu menjadi lebih kuatdan teguh. Walaupun, sepanjang penerbangan itu kami dilandai ribut dan angin kencang tapi kami teguh. Teguh menghadapi segala rintangan.

Akhirnya, ia akan menjadi lebih bermakna bila, kami terbang bersama dan menggapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.. InshaAllah..

Ayuh!