Sunday, 27 April 2014

Inkubasi Usahawantani UPM

Bismillahirrahmanirrahim,

Program Inkubasi Usahawantani adalah kursus yang dilaksanakan oleh pihak Fakulti Pertanian yang mempunyai objektif melahirkan para usahawan dalam bidang pertanian dari kalangan muda (20 - 35 tahun) dan lepasan institut pengajian.

Kursus ini dilaksanakan selama 6 bulan di bawah pemantauan pihak urusetia Inkubasi yang diketuai oleh Tuan Haji Sahbani Saimin yang turut merupakan bekas timbalan pengarah FAMA. Kursus ini terdiri daripada beberapa modul seperti ternakan ayam kampung, ternakan ikan tilapia, tanaman rock melon, pengurusan makanan dan ekopelancongan. Para peserta boleh memilih salah satu dari modul tersebut untuk dijalankan perniagaan yang berkaitan modul yang dipilih tersebut.

Semenjak ia dilaksanakan dari tahun 2012, banyak syarikat yang telah berjaya ditubuhkan impak dari pelatihan dalam kursus ini. Para usahawan tersebut akhirnya berjaya membina perniagaan masing di lokaliti mereka dan berjaya melangkah jauh.

Sebagai salah seorang peserta Inkubasi sesi 2014 ini, aku berasa amat seronok dan bermakna. Banyak ilmu, pendapat, kemahiran, sahabat dan lain-lain yang aku perolehi sepanjang kursus. Sekarang kursus ini hampir memasuki bulan 5. Hanya tinggal 1 bulan lagi sebelum kursus ini tamat. Sesungguhnya, ia tidak pernah tamat bagi aku sebab ia adalah suatu permulaan. Mana mungkin ia berakhir dengan hanya memiliki sekeping sijil tamat kursus.

Jangan risau, pelbagai gambar menarik menanti anda. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen atau emel ke is.aizat01@gmail.com. Mari like page FB kumpulan ayam kampung kami, Israa Entreprise : https://www.facebook.com/israaenterprise?ref=hl



No comments:

Post a Comment