IRIS 1435H
Kuliah Subuh Ust Tajul Arifin Che Zakaria di Masjid Wilayah 22 Ramadan 1435
Selawat ke atas Junjungan Nabi saw.
Pertama2 kita bersyukur kpd Allah yg masih memberi kesempatan melalui ramadan. Nikmat yg tidak terhingga banyaknya selain nikmat makan dan minum, yakni nikmat Islam. "Jika sekiranya kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak berupaya menghitungnya"
Seorang yg Allah kurnia umur yg panjang, zaman dulu cthnya Nabi Nuh berdakwah saja 950 tahun.
Tersebutlah kisah seorang abid yang beribadah kpd Allah selama 500 thn siang dan malam. Bila meninggal dunia, malaikat bertanya kamu ni nak masuk syurga dgn rahmat Allah atau dgn ibadat kamu. Lalu dia menjawab saya nak masuk syurga dgn ibadat aku. Lalu ditimbang amal ibadat dgn hanya sebelah mata..(mata diletak pada daun dacing, sementara sebelah lagi diletakkan amalnya) lalu timbangan sebelah mata itu lebih berat dari amal ibadatnya yg 500 tahun itu.
Itu baru sebelah mata, bagaimana dgn nikmat akal dan lain-lain yg diberi Allah?
Maka wajar, malah wajiblah kita mengucap syukur kpd Allah. Alhamdulillah...Dalam solat kita membaca surah al-fatihah..Alhamdulillah hirabbil'alamin..biar ianya masuk dalam hati..perbanyakkan bersyukur pada Allah.
Aisyah r.a melihat Rasululllah amat bersungguh dalam amal ibadat terutama pada 10 malam terakhir, dikatakan sehingga bengkak kaki, lamanya Nabi s.a.w rukuk dan sujud pada Allah. Ya Rasulullah, kenapa bersusah2 sedangkan kamu telah diampunkan Allah?Nabi s.a.w ni maksum, tapi Nabi beribadat sampai bengkak kaki. Lalu Nabi menjawab, tidakkah layak aku ini bersyukur pada Allah.
Dlm ruang masa yg singkat ini, marilah kita bersyukur dgn syukur yg sebenarnya. Di sana ada nikmat yg jauh lebih besar dari nikmat yg diperolehi oleh jasad yakni nikmat islam dan iman.
"Wahai manusia sembahlah Tuhan kamu, yang mencipta kamu dan org sebelum kamu mudah2an kamu bertaqwa""
Bagaimana kamu boleh kufur pada Allah sedang Allah menjadikan kamu, mematikan kamu dan menghidupkan semula kamu..."
Kita sebenarnya tiada apa2. Allah menghidupkan kita. Kemudian Allah memilih pula kita untuk beriman.
Di dalam firmanNya yg lain, Allah menyatakan bhw penciptaan manusia terdiri dari lelaki dan perempuan, berpuak-puak dan berbangsa-bangsa utk saling kenal mengenal. Namun org yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa kpd Allah.
Ketika mana Allah menurunkan ayat berkaitan puasa.."Wahai org2 beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"
Akhir surah Al-Haj:"Wahai org yg beriman, rukuk dan sujudlah kamu, sembahlah tuhan kamu serta berbuat baiklah kamu, mudah-mudahan kamu berjaya"..
Dlm ayat ini Allah minta dgn jelas rukuk dan sujud. sembah dan lakukanlah kebaikan...Sama sepertimana Rasulullah s.a.w. berpesan kpd Muaz bin Jabal...."Wahai Muaz, bertaqwalah kamu kpd Allah di mana saja kamu berada, ikutilah sesuatu yg tidak baik dgn yang baik, nescaya yg baik akan menghapuskan yg tidak baik, bergaullah bersama manusia dgn baik" ...
Taqwa bukan saja di masjid, Allah sentiasa menilik kita. Jadilah kita seorang yg soleh dan musleh.
Imam Al-Banna berpesan, apabila kamu bertemu seorang mukmin yg sebenar, nescaya kamu dapati padanya syarat2 kejayaan.
Kita kena ukur natijah ibadat. Kita kena cari kemuliaan dan ketinggian dalam ibadat.
Allah memilih Jumaat yg terbaik dlm seminggu, Ramadhan terbaik dari 12 bulan, Lailatu Qadr terbaik dalam bulan Ramadan.
Kita terpilih untuk berada dlm bulan Ramadhan. Allah bagi panduan agar kita istiqamah dengan maksud ayat:
"Hendaklah kamu berjihad di jalan Allah dgn sebenar2 jihad".
30 hari madrasah Ramadan bertujuan melahirkan taqwa dalam diri kita. Ikhwah di Gaza berjihad secara perang, di Malaysia jihadnya bukan perang tapi dialog, dialog dan dialog...Peristiwa 13 Mei 1969 dah lepas usah disebut. Itu pun bukan perang.
Kita kena lihat jihad dlm konteks yg lebih luas. Seerah mengajar kita mulakan dengan dakwah ikut tertibnya, bukan perang dulu.
Kisah Musa as dan Harun as...."Pergilah kamu wahai Musa dan Harun kepada Fir'aun seorang taghut dan ucapkanlah dengan kalimah yang lembut moga2 dia ingat atau takut".
Siapa Fir'aun? yang melampaui batas yg menggelar dirinya tuhan.
Hubungan kita dgn non muslim di Malaysia adalah hubungan dakwah bukan perang.
Allah berfirman:"Demi sesungguhnya kami telah bangkitkan bagi setiap umat seorang rasul untuk mengajak kepada pengabdian diri kpd Allah dan menjauhi taghut"...
Sambungan ayat Surah al-Hajj:...agar Rasul menjadi saksi ke atas kamu. Dan kamu pula menjadi saksi utk umat2 yg lain"...agar kita tidak menganggur dalam agama.
Tugas kita adalah dakwah. "Siapakah yang lebih baik drp mereka yg menyeru manusia kepada kebaikan, beramal dan berkata saya adalah orang2 Islam".
Nyatakan dgn izzah, kemuliaan kita lagi tinggi.Selepas pembebasan Palestin, pembukaan kota Baitul Maqdis, Saidina Omar r.a berpidato:
"Kita adalah suatu kaum yg Allah muliakan dgn Islam, kalau kita mencari kemuliaan selain Islam, Allah akan menghina kita"
Bukan sebab bangsa kita jadi mulia. Biar Islam di atas bangsa selepasnya. Tertib dakwah perlu betul dakwah dulu bukan dimulai dgn perang. Perang yg terakhir selepas pelbagai approach dilakukan...
Kata2 Siddiq Fadzil " Melayu kalau tidak kerana Islam, Melayu adalah parya".
Akhir ayat Allah sebut dgn jelas..."Maka hendaklah kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, Allah lah tuhan kamu dan dialah sebaik2 tuan dan sebaik2 penolong".
Sama2lah kita semak iman kita seperti yang digariskan dalam usul ketiga dari usul Isyrin.
Ya Allah ya Tuhan kami jadikan kami orang yang menikmati iman.
Moga pecutan akhir Ramadhan, kita mendapat ketaqwaan. Doa banyak2, sumbang banyak2 utk saudara kita di Gaza agar mereka mencapai kemenangan...
No comments:
Post a Comment