Sunday, 31 August 2014

Hari Ini Dalam Sejarah

Bismillahirrahmanirrahim

Ibrah Merdeka

Hari ini dalam sejarah,
Tanah Melayu telah diistihar merdeka,
Setelah beratus tahun dijajah,
Setelah beratus peristiwa,
Setelah beratus perjuangan,
Untuk membebaskan negara,
Dari cengkaman penjajah yang menjerut,
Membela anak bangsa,
Agar dapat hidup aman di negara sendiri,
Mempertahankan agama,
Yang mudah sahaja dirobek


Hari ini,
Sejarah itu telah kurang dihayati,
Manusia sibuk dengan hal sendiri,
Teriakan merdeka saat detik 12,
Menjadi laungan yang kosong,
Kita sedang membina masa depan yang menghancurkam,
Kesedaran kurang di sana sini,
Anak bangsa ketandusan,
Kapitalis bangsat mencengkam,
Pengamak rasuah berleluasa 
Kehancuran berlaku di sini sana

Hari ini,
Kita mengambil langkah untuk mengubah,
Membina minda yang berintelektual,
Melahirkan warisan yang bersemangat seorang pendekar, 
Hingga akhirnya,
Merdeka itu dapat digapai makna sebenarnya


Wednesday, 27 August 2014

Angin Kencang

Bismillahirrahmanirrahim,

Catatan untuk semua kenalan saya, terutamanya untuk dia....


Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku rindui kamu

Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa dihatiku
Menuai senyuman mu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu....



Jika kamu merindui seseorang, maka ucapkanlah namanya dalam doa kamu... 


Sunday, 24 August 2014

Keroncong Hujan

Bismillahirrahmanirrahim,

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi


lalu hujan pun turun dengan lebatnya... alhamdulillah

Sunday, 10 August 2014

Kembara Marhaen ke Johor

Bismillahirrahmanirrahim,

It is He who made the earth tame for you - so walk among its slopes and eat of His provision - and to Him is the resurrection. (67:15)

Pada 7 hingga 9 haribulan 8 yang lepas, saya serta 4 orang kawan UPM telah mengembara ke negeri Johor walaupun sebenarnya kampung pun di sana. Tujuan kembara ini adalah untuk menghadiri jemputan perkahwinan dan menziarahi kawan di samping mencari peluang-peluang yang ada untuk diceburi.
ayuh!

Di rumah Amar Saadin.Terima kasih Amar

Di kampung saya. Paling kiri sekali adalah Nenek saya. Terima kasih nenek.

Barakallah Khairul Hafiz dan pasangan.

Rambai


Gunung Lambak

Rambu rambai

Eh?

Asam dan garam

Antara perkara yang menjadi perbincangan kami adalah pada gambar terakhir. Asam dan garam boleh digabungkan dalam masakan. Cuma perbincangan kami adalah pada ayat - Asam garam kehidupan. Banyak benda boleh dibincangkan seperti hal kerja, pelajaran, susah dan senang, kehilangan sesuatu dan macam-macam lagi.... 

Ya Allah, berkatilah perjalanan kami. Semoga pertemuan yang berlaku sepanjang perjalanan kami ini akan membuahkan hasil yang berkembang dan mampu memberi manfaat kepada kami dan masyarakat di sekeliling kami.

okgo