Sunday, 31 August 2014

Hari Ini Dalam Sejarah

Bismillahirrahmanirrahim

Ibrah Merdeka

Hari ini dalam sejarah,
Tanah Melayu telah diistihar merdeka,
Setelah beratus tahun dijajah,
Setelah beratus peristiwa,
Setelah beratus perjuangan,
Untuk membebaskan negara,
Dari cengkaman penjajah yang menjerut,
Membela anak bangsa,
Agar dapat hidup aman di negara sendiri,
Mempertahankan agama,
Yang mudah sahaja dirobek


Hari ini,
Sejarah itu telah kurang dihayati,
Manusia sibuk dengan hal sendiri,
Teriakan merdeka saat detik 12,
Menjadi laungan yang kosong,
Kita sedang membina masa depan yang menghancurkam,
Kesedaran kurang di sana sini,
Anak bangsa ketandusan,
Kapitalis bangsat mencengkam,
Pengamak rasuah berleluasa 
Kehancuran berlaku di sini sana

Hari ini,
Kita mengambil langkah untuk mengubah,
Membina minda yang berintelektual,
Melahirkan warisan yang bersemangat seorang pendekar, 
Hingga akhirnya,
Merdeka itu dapat digapai makna sebenarnya


No comments:

Post a Comment