Bismillah,
Tajuk ni kita pernah kita belajar waktu sekolah menengah atau mana-mana tempat yang mengajar aliran sains.
Central dogma adalah proses aliran daripada genetik kepada protein atau apa-apa produk yang berfungsi atau mempunyai peranan dalam suatu organisma.
Contoh, insulin. Insulin adalah hormon yang bertindak untuk meransang penukaran gula atau glukos kepada glikogen iaitu gula yang tak manis.
Poin penting yang saya dapat setelah menghadirkan diri ke satu kelas ialah, setiap gen itu mempunyai peranan masing-masing. Malah, lebih uniknya adalah gen tersebut mampu membentuk apa-apa jenis produk setelah melalui suatu proses. Penghasilan produk dari gen itu bukanlah suatu yang saja-saja tapi, ada fungsi tertentu.
Subhanallah, Maha Suci Allah, kita ini adalah ibarat gen tersebut yang mempunyai peranan yang tersendiri dalam kehidupan di dunia. Dalam kita membentuk diri kita untuk 'berfungsi', maka tidak boleh tidak kita perlu melalui satu proses dalam membentuk diri kita menjadi seorang yang hebat dalam fungsinya. Ketahui juga, tanpa melalui proses yang betul maka kita tidak akan mampu menjadi manusia yang sepatutnya. Ketahuilah, hanya dengan melalui proses yng betul sahaja kita mampu dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki oleh bukan masyarakat, haiwan atau tumbuhan, tetapi Allah, Tuhan kita semua.
Belajarlah dengan ilmu yang baik. Insha Allah, kita akan mampu dibentuk dan berfungsi dengan yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment