Bismillahirrahmanirrahim,
Minggu lepas, 2-4 haribulan 6, saya dan kawan-kawan saya buat satu trip ke Perak. Sebelum ni, saya memang pernah sampai ke Perak, cuma, bukan untuk satu tempoh yang panjang dan tidak pergi banyak tempat. Saya yakin, ini antara trip yang menarik saya pernah ikut. Jumlah semua yang pergi, 8 orang. 2 kereta. Penuh dengan barang. Banyak tempat yang kami pergi. Sangat menyeronokkan dan yang paling penting, penuh dengan pengajaran.
ahad - 2/6/13
kami bertolak jam 11 am. plan asal 10 am, tapi, masing-masing ada urusan yang tiba-tiba ada. Jadi kami bertolak lewat sikit. Tak ada apa pun, sebab tak lari rancangan asal sangat. Kami melalui jalan duta, keluar tol jalan duta dan melalui lebuhraya utara-selatan menghala ke ipoh. setelah hampir 2 jam, kami masuk melalui tapah. Sebelum tu berhenti sekejap di hentian Tapah. Selepas itu, kami sambung perjalanan terus ke teluk Senangin yang mengambil masa 3 jam. Awal perjalanan saya yang pandu. Cuma lepas tu, kami ikut org yang tinggal di Perak. Tapi, sayangnya, dia tak berapa mahir dengan jalan rupanya. Selama ni dia kata, dia hanya naik kereta abang dia saja. Dia tak berapa tahu sangat. Tak apa lah. Banyak kawasan juga kami lalu. Tapah-Bota-Segari. Perjalanan yang sangat panjang. Adalah dalam 12 kenduri kami tempuh. Macam nak singgah tapi segan (hahaha...).
Dalam perjalanan, disebabkan lapar, kami singgah di Roti Segar. Kami ingat makan tengahari roti saja. Tapi yang lead kata tempat tu ada masakan panas. Oh.... sebab nama kedai roti kan. Ingatkan roti saja yang ada. Rupa-rupanya, tempat ni pernah masuk rancangan "Jalan-jalan cari makan". Menarik! Roti yang dia buat agak sedap. Mungkin yang istimewanya ialah, kualiti roti dan kek yang dia buat adalah tahan lama. Lagi satu, dijual pada harga yang murah. Waktu kami masuk ke kedai, tak penuh sangat tapi ada ramai juga orang. Kawasan kedai ni tak ingat. Mungkin boleh cuba cari di internet. Mesti ada punya la. Kami singgah makan kt kedai ni kemudian kami sambung perjalanan. Yang saya agak terharu bila kawan-kawan saya belikan kek. Hahaha... Tak sangka sungguh. Terima kasih....
Kami plan untuk buat jama' ta'khir sebab kami tak pasti berapa lama lagi perjalanan dan jam dah masuk pukul 4. Akhirnya, selepas hampir satu jam, kami sampai ke teluk senangin. Tempat yang agak ceruk. Sebab hujung minggu, jadi agak ramai orang di pantai. Kami cuba cari tempat dahulu tapi macam susah sikit sebab orang agak ramai. Jadi, kami pergi solat dulu di surau (di kampung nelayan) kemudia kami pergi pilih tempat. Kami pilih tempat yang berdekatan dengan pintu gerbang teluk senangin sebab nampak lagi selesa dan bersih. Kawan saya akui yang teluk senangin sangat berbeza dari kali terakhir dia pergi. Tak apa. Yang penting semua selamat sampai dan tempat tu ada ombak yang sangat best. Ombak tinggi.
Kami mandi laut dulu kemudian baru kami pasang khemah. Siapkan barang-barang. Solat maghrib dan isya'. Makan-makan. Kemudian bersiap untuk memancing. Pengalaman memancing di teluk senangin sangat menarik. Kami guna umpan udang. Ada la dalam 3 kali dapat ikan. Tapi kami lepaskan semula. Umpan pun orang bagi sebab tak sempat nak pergi kedai. Ombak waktu tu sangat kuat. Capai lebih 1 meter tinggi juga rasanya sebab berdiri dalam air dan ombak lagi tinggi.
Dekat dengan tempat kami berkhemah, ada tandas 24 jam. Cuma tuan kedai je la yang tak ada kt situ 24 jam. Boleh pakai. Bayar pada tuan tu esok pagi. Bayaran RM 1. Tempat kami khemah tu tak berapa gelap sebab ada lampu jalan dan kedai. Kebetulan malam tu ada orang yang berkhemah sekali. Satu family rasanya. Mereka pun memancing jugak.
Apa yang saya dapat ? Tak pasti. Mungkin penat memandu je rasanya. Petang tu agak pening-pening juga semua sebab tak tau mana nak berkhemah. Tapi semua ok Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment