Tuesday, 26 November 2013

Basikal

Bismillahirrahmanirrahim,

Sungguh,tidak dapat dinafikan bahawa basikal masih mempunyai tempat di kalangan penduduk Malaysia. Lebih-lebih lagi, ketika berlakunya peningkatan harga barang dan gasoline yang mendorong kebanyakan rakyat Malaysia untuk mula berkira-kira dan berjimat. Sekaligus menjadikan rakyat Malaysia lebih bijak dalam membuat pilihan.

Maka, ini bukanlah cerita berkenaan rakyat Malaysia, tetapi tentang basikal.

Ya, dengan meminjam sebuah basikal fixie milik seorang sahabat sebilik, saya mampu menggapai hajat untuk menguruskan badan dan kekal sihat. Semoga Allah SWT meredhai.

Basikal ini saya beri nama ninja 2.0. Ini kerana, warnanya yang ceria serta ketangkasan ketika bergerak dan ringan seperti seorang ninja.

Memang menjadi cita-cita saya untuk mengayuh sebuah basikal. Walaupun saya masih belum memiliki sebuah basikal, tetapi cita-cita untuk memilikinya tidak pernah padam. Saya berazam untuk memiliki sebuah basikal dan berjalan serata Malaysia. Semoga Allah mempermudah saya untuk mencapai cita-cita ini.




2 comments: