Saturday, 9 November 2013

Its Chilling!

Bismillah

Setelah beberapa bulan tidak menaip, saya ingin ceritakan tentang sebuah tempat yang menarik di kawasan Hulu Selangor iaitu, Sungai Ciling yang terletak di Kuala Kubu Baru.

Tempat ini memang terletak di Kuala Kubu Bharu. Kalau melalui Lebuhraya PLUS arah utara, boleh keluar di tol Bukit Beruntung. Kalau melalui Kuala Lumpur, lalu jalan mengarah ke Rawang. Mudah, ikut sahaja papan tanda, dan akan nampak arah ke Kuala Kubu Baru.







Penanda lain bagi kawasan ini adalah Empangan Selangor. Untuk pergi ke air terjun sungai ciling, masuk ke pusat sanktuari ikan kelah. Yuran masuk sebanyak  RM 1. Tidak dibenarkan memancing. Trekking selama 45 minit (bergantung kepada jumlah peserta). Tempat yang sangat menarik dan berbaloi untuk datang.



Bagi yang berjiwa kental, boleh buat terjunan 15 kaki dari paras air. Memang mengujakan.

Ayuh ke Ciling!


1 comment: