Monday, 12 March 2012

Henshin

Seronok, memang seronok. Rasa seronok bila dapat jumpa adik-adik, abang-akak, pakcik-makcik dan ramai lagi. Memang seronok bila dapat bersama buat aktiviti bersama-sama mereka semua. Seronok bila dapat berbual bersama. Seronok bila dapat menyampaikan sesuatu pada mereka yang pasti memerlukan nasihat. Yang pasti, sangat menyeronokkan apabila bersama dengan orang yang di dalam dirinya mahu berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini.



Quote dari seseorang yang menarik untuk diteladani,

Tahniah!,
Semoga anda menjadi insan yang baru,
     yang tabah mindanya,
     yang kuat fizikalnya, dan 
     yang mulia pekertinya.


Ya, insan yang baru merujuk kepada manusia yang mana yang bukan sekadar mempunyai pengetahuan yang tinggi, bukan sekadar boleh bermain 10 jenis sukan tetapi yang mempunyai akhlak yang mulia yang mampu menggunakan segala apa yang dia ada untuk kebaikan, untuk berbakti kepada manusia sekelilingnya, yang bermanfaat kepada orang lain dan dia buat ikhlas kerana Allah swt, pemilik sekalian alam.

Kita mungkin pernah lihat atau tonton dalam filem atau dalam cerita-cerita fiksyen yang menunjukkan bagaimana seorang professor yang sangat pandai menggunakan kepandaian dia untuk menjatuhkan orang lain atau mungkin lebih teruk lagi ingin mengawal dunia.


Dan dalam cerita-cerita lain, orang menggunakan kekuatan fizikal yang luarbiasa untuk tujuan yang jahat.

the joker yang genius dalam  membuat porak peranda

Pernah ada seorang berkata, "seorang atlet mungkin mampu untuk berlari dengan sangat jauh dan lama tanpa henti. tapi belum tentu dia mampu untuk bangun subuh". Ya Tuhan, berilah kami kekuatan untuk terus beramal ibadah kepadaMu.

Namun akhirnya, seorang manusia masih seorang hamba. Sampai suatu ketika, kita mungkin akan jatuh ke lembah gelap yang menggelapkan kita. Kita rasa susah hati. Kita rasa tenggelam dan tidak yakin dengan apa yang kita buat.

Tetapi, akhirnya, kita perlu sedar yang pilihan berada di tangan kita. Pilihan samada kita perlu terus melakukan kebaikan atau menjadi penolong kepada team jahiliyah. Pilihan yang seterusnya akan menentukan halatuju tindakan kita yang selanjutnya. Setelah banyak nasihat, ilmu, pengalaman dan lain-lain yang kita pernah dapat sepanjang perjalanan hidup kita ini, akhirnya ditentukan pada setiap masa kita mulai diduga dengan apa-apa sahaja bentuk dugaan yang mungkin kita terima. Saat tibanya dugaan itu, janganlah mengeluh dan berputus asa. Gunakan segala kekuatan yang masih dimiliki untuk terus melangkah maju ke hadapan. Berubah sebelum rebah. Berusahalah! okgo!

"..Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any patron" Surah Ar-Ra'd:11



No comments:

Post a Comment