Wednesday, 7 March 2012

Kisah Manusia dan Elektron

ciri-ciri elektron (electron)  :

1) bergerak hampir pada kelajuan cahaya
2) mempunyai berat yang sangat ringan
3) berpusing mengelilingi proton
4) dan terlibat dalam banyak tindak balas (reaction)

Elektron bergerak pada kadar yang sangat laju sampaikan kita tak dapat lihat bentuk dia macam mana. Sifat elektron ni, dia akan bergerak lebih laju bilamana, tenaga (energy) dialirkan kepada elektron tersebut. Makin banyak tenaga yang dialirkan maka elektron itu akan bergerak dengan lebih laju lagi. Hasilnya, tindak balas berjaya.

Manusia seperti elektron. Bila mana, makin banyak daya yang kita kenakan ke atas manusia, maka potensi manusia itu akan lebih terserlah lagi dan lagi. Antara sifat sesetengah manusia (mungkin), mereka akan lebih bersemangat, lebih bertenaga, lebih aktif tatkala individu itu dibebankan dengan kerja yang sangat-sangat banyak.


Kita seharusnya semakin sedar yang masa-masa yang kita lalui, menjadi lebih sukar, lebih mencabar, lebih susah, penat dan melelahkan. Bukannya, makin lebih bersenang-lenang. Sebabnya, tanggungjawab kita makin banyak. Kerja makin menimbun-nimbun. Sampaikan kita tak boleh nak lari lagi dah. 

Ya! Memang memenatkan. Tapi ingatlah, macam mana elektron yang lebih berhasil bila ia diberi lebih daya lagi dan lagi. 


Hmm, ok. Saya tak suruh kalian untuk buat BOM. Tapi, apa yang ingin dipertuliskan adalah, bagaimana kesan dari elektron yang mampu merembeskan.. eh!, melepaskan begitu banyak tenaga. 

Sekali lagi, elektron akan bergerak pada kadar yang sangat tinggi dalam satu garis lurus, bila diberikan daya yang tinggi. Harus diingat, manusia mudah LUPA bila ia menjadi senang dan hebat. Sentiasa ingat, apa yang harus bergerak seiring semasa kita semakin sibuk dengan kerja-kerja, semakin mahir melakukan berbagai-bagai kerja adalah amal ibadah kita kepada Allah. Ya, buat kerja kerana Allah adalah ibadah. Tapi, hakikatnya memang manusia itu mudah lupa dan lemah. Syaitan sentiasa menggoda dan menarik kita ke lembah yang gelap untuk kita jadi keliru. Ditambah lagi dengan orang di sekeliling yang kadang-kadang nak menyakat kita. 


Jadilah manusia yang sentiasa tunduk sujud kepada al-Khaliq di mana saja anda berada... 

Selamat berusaha. Okgo!! 

(Muhasabah diri)





No comments:

Post a Comment