Seorang yang mencari kebenaran pasti akan diberikan kefahaman dalam agama. Kerana akhirnya kebenaran itu adalah kebaikan.
Kebaikan adalah fitrah dan fitrah adalah islam.
Seorang paderi yang hanya berpegang teguh kepada fahaman logik semata akhirnya tunduk patuh ke dalam islam. Kerana apa? Kerana, fahaman logik itu membawa dia kepada kebenaran. Setiap ilmu itu adalah milik Allah swt. Sesiapa yang menginginkan maka dia perlu berusaha. Usaha yang dilakukan oleh paderi dalam tidak sedar membawa kepada kebenaran.
“ (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.
Kita dituntut untuk menjadi orang yang berfikir. Orang yang ketika berdiri, duduk, dan baring sentiasa ingat kepada kebesaran Allah.
Lawan kepada kebenaran sudah semestinya kebatilan. Ironinya, kebatilan tidak pernah kekal. Kebatilan sudah pasti tumpas kepada kebenaran. Sudah menjadi sifat kepada kebatilan yang ia bersifat sementara. Kebatilan hanya direka dan didokong oleh mereka yang menolak kepada kebenaran. Kebatilan hanya dibentuk oleh akal pemikiran manusia yang sering sahaja dipengaruhi oleh nafsu. Malah pemikiran manusia sendiri adalah terhad iaitu tidak akan pernah meliputi segala sesuatu. Maka, kebatilan itu pasti akan tumpas tatkala kebenaran itu hampir dan dicari serta dimiliki oleh umat ini. Kebatilan itu akhirnya pasti tidak dapat diturunkan kepada generasi yang seterusnya bila mana, generasi seterusnya disuluh dengan cahaya kebenaran.
And say, "Truth has come, and falsehood has departed. Indeed is falsehood, [by nature], ever bound to depart."
Dalam hati manusia, wujudnya satu ruang yang hanya dapat diisi oleh kebenaran. Sungguhpun manusia itu seorang pengamal atau pendokong kepada kebatilan, namun, kebatilan hanya dapat mengaburi permukaan pada ruang yang hanya dapat diisi oleh kebenaran. Kerana hati hanya mampu dipegang dan diisi oleh pemiliknya iaitu Sang Pencipta kita. Bila mana manusia itu peroleh kebenaran, hidup dirasakan lebih bermakna. Segala amal perbuatan dihayati dan dilakukan dengan penuh rasa khusyuk serta tawadhu'. Seakan-akan amal yang dilakukan sedang dilihat. Amal yang dikerjakan dirasakan benar dan tidak didasar atas dasar yang tidak jelas.
Mahu atau tidak, kebenaran pasti akan tertegak dalam diri setiap insan. Tetapi, setiap suatu itu memerlukan usaha. Semakin banyak yang kita usahakan maka semakin dekat kita pada kebenaran. Kabur kebatilan yang mengaburi hati akan ditiup dan ditembusi oleh cahaya kebenaran. Tertegaknya kebenaran di atas muka bumi tatkala tertegaknya kebenaran dalam diri.
Berusahalah!
Wallahua'lam. okgo.
No comments:
Post a Comment