Menurut riwayat, pernah terjadi dalam suatu peperangan, antara Muslimin dan musuhnya terbentang sebuah sungai. Mereka diperintahkan oleh Panglimanya, supaya menyeberang sungai tersebut. Semua tentera patuh kepada perintah dan terjun kedalam sungai, manakala di seberang sungai kelihatan musuh yang sedang melihat mereka dari jauh, ternanti-nanti dan penuh kegentaran di hati melihat gerak-geri tentera muslimin. Ketika di pertengahan sungai, tentera muslimin secara tiba-tiba hilang dalam air, kesemuanya seolah-olah tenggelam. Sekali lagi secara tiba-tiba mereka muncul semula ke permukaan air. Tindak-tanduk tentera muslimin amat menghairankan tentera musuh. Setelah beberapa kemudian akhirnya tentera musuh tahu apa yang sedang berlaku dan mengapa tentera muslimin berbuat demikian. Diketahuinya bahawa salah seorang di antara mereka terjatuh akan piringnya ke dalam air, lantas berteriak mengatakan : "piringku..... piringku!" Lalu mereka semua menyelam untuk mencari piring tentera muslimin tersebut sampai dapat. Musuh yang memperhatikan hal itu merasa: "Kalau mereka berbuat serupa ini hanya kerana satu piring yang jatuh salah seorang di antara mereka, apakah yang akan mereka lakukan jika kita membunuh salah seorang dari mereka!" Akhirnya, musuh menyerah kalah kepada tentera muslimin.
Petikan dari Iman dan Kehidupan, karangan Dr Yusuf al Qardhawi.
No comments:
Post a Comment