Tuesday, 2 April 2013

Ragu

Al-Thalasim

Aku datang, aku tidak tahu, dari mana?
Tetapi aku datang juga.
Aku menempuh jalan, terbentang di hadapanku.
Lalu aku berjalan.
Akan selamanyakah aku berjalan;
Kalau aku mahu atau tidak mahu?
Bagaimana caranya aku datang?
Bagaimana aku dapat menempuh jalan?
Aku tidak tahu!
Akukah yang mengendalikan diriku,
dalam hidup ini? Atau aku dikendalikan?
Aku ingin supaya aku tahu, tetapi...
Aku tidak tahu!
Barukah aku, atau sudah usang?
Dalam 'alam ini?
Adakah aku merdeka-bebas?
Atau seorang tawanan yang terbelenggu?

Jalanku! Apakah itu jalanku?
Panjangkah atau pendek?
Adakah aku menaik atau menurun atau masuk lubang?
Akukah yang berjalan, atau jalankah yang berjalan?
Ataukah keduanya berhenti, dan zaman yang mengalir cepat?
Aku tidak tahu!
Bagaimana pendapatmu, sebelum aku menjadi manusia yang sempurna?
Adakah dahulunya belum apa-apa, ataukah sesuatu yang telah ada?
Adakah teka-teki ini dapat diteka?
Atau tetapmmrnjadi teka-teki untuk selamanya?
Aku tidak tahu, dan mengapa aku tidak tahu?
Aku juga tidak tahu!

Ilia Abu Mahdi

No comments:

Post a Comment