Wednesday, 14 May 2014

Berilmu Berbakti

Bismillahirrahmanirrahim, 

Ringkas dan signifikan. Itulah motto UPM. Walaupun ringkas tetapi ia mempunyai makna yang tersendiri. Lebih-lebih lagi, bila saya akan meninggalkan UPM tidak lama lagi.. 

Seorang pensyarah yang saya rapat pernah berpesan, orang yang bijaksana tidak berfikir mengenai dirinya sendiri. Tetapi, orang yang bijaksana sentiasa memikirkan perkara yang bakal berlaku akan datang dan bagaimana dirinya boleh bermanfaat kepada orang lain. Orang yang bijaksana tidak memisahkan dirinya dari berfikir bagaimana pembaikan boleh berlaku dalam masyarakat. Maka, pembaikan dirinya sentiasa berjalan di samping dia membaikkan masyarakat.

Saya pernah mendengar suatu ungkapan, jika kita mahu mencari sekelompok manusia yang baik, maka, carilah di universiti. Jika kita bergaul dengan masyarakat, maka kita akan mendengar bahawa masyarakat di luar sentiasa menantikan pelajar dan graduan universiti untuk datang kepada mereka membawa suatu perubahan ke arah kebaikan.

Satu kisah lagi dari seorang pensyarah ketika beliau sedang menyiapkan projek Ph.D beliau. Dia menceritakan bagaimana susahnya dia menyediakan bahan, membuat kajian dan membuat bacaan. Namun, pensyarah yang memantau beliau tidak berpuas hati dengan hasilnya. Soalan yang ditanya supervisor beliau ketika itu adalah, "di manakah bahagian kepada masyarakat?" Peluh besar..

Tidak dapat dinafikan, banyak isu yang telah timbul yang menyebabkan persepsi negatif masyarakat kepada para mahasiswa. Namun satu jari kepada orang lain, 4 jari ke arah diri sendiri. Kita ada masa yang singkat di dunia untuk berilmu dan berbakti. Tidak kira anda berada di mana jua, apa yang anda hendak dan bakal lakukan, maka ambillah dan gunakanlah ia untuk mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik.. Sekadar pesanan untuk diri sendiri dan kita bersama.

Sekian, wassalam. Okgo


No comments:

Post a Comment