Bismillahirrahmanirrahim,
Pada hari sabtu yang lepas, saya terlibat di dalam suatu kemalangan yang mengakibatkan tangan dan kakiku cedera.. yeah..
Justeru, saya telah ke hospital pada ahad petang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Setibanya di hospital saya ternampak seorang budak lelaki sedang duduk di atas kerusi roda dengan banyak balutan di tubuh badan. Lalu, saya pun terus ke kaunter untuk membuat pembayaran dan mengambil nombor giliran sambil melihat dengan rasa kasihan dengan budak lelaki tersebut. Kita nampak sama dik, cuma adik lagi teruk. Bisik aku sendirian..
Setelah hampir 2 jam menunggu, akhirnya tiba giliran saya untuk menerima rawatan. Setibanya di bilik rawatan, Doktor terus bertanyakan kepadaku, "itu adik awak ke ?". "eh bukan, saya tak kenal", balas saya. Rasionalnya, Doktor tersebut berkata, "dia sama macam awak, jatuh motor". Lalu aku ketawa kecil kerana saya pun terjatuh motosikal. Setelah itu, Doktor meminta aku untuk menjalankan ujian x-ray untuk memastikan tiada keretakan pada tulang yang boleh menyebabkan komplikasi. Lalu saya pun terus ke bilik x-ray. Dalam perjalanan, saya bertembung dengan adik itu tadi. Saya teruskan berjalan dengan rasa kasihan dengan adik tersebut.
Setelah melaksanakan ujian x-ray, saya menunggu giliran saya untuk diperiksa semula oleh Doktor. Rupa-rupanya, giliran saya adalah betul-betul selepas adik itu. Sebelum dipanggil oleh Doktor, saya berkesempatan berborak dengan adik itu kerana ibu beliau menolak kerusi roda betul-betul sebelah tempat saya duduk. Lalu, berlakulah perbualan antara kami berdua...
saya : Adik, jatuh motor ke ?
Adik : ya bang, dekat taman mutiara (kalau tak silap, sebab lupa). Jatuh sebab motor tiba-tiba goyang. Padahal motor baru lepas repair semalam.
saya : Bila jatuhnya ni?
Adik : Baru tadi. Terus ayah dengan mak hantar ke hospital. Abang jatuh kat mana?
saya : Haha, jatuh kat dalam UPM. Jatuh masa turun bukit sebab nak elak kereta. Adik ni asal mana?
Adik : dalam UPM? oh.. saya asal Puchong. Abang asal mana?
saya : Abang tinggal Putrajaya. Sekarang tengah belajar kat UPM. Haha. Motor apa pakai dik?
Adik : Motor SS II. Abang pakai motor apa?
saya : Motor RXZ je..
Adik : Wah, RXZ yang mana?
saya: RXZ 5 speed. Motor lama dik.. Adik ni sekolah menengah ke? Tingkatan berapa sekarang? Dapat MC lah lepas ni.
Adik: Saya tingkatan 4, sekolah dekat dengan rumah je. Kena cuti lah nampaknya macam ni. Doktor ada bagi MC tadi..
Kemudian, ibu adik tersebut datang ingin membawanya pulang.. sebelum dia pulang,
saya : oh, lupa tanya, apa nama dik?
Adik : Nama saya Insaf. Nama Abang?
saya : Nama abang, Is.
Adik : Is je?
saya : Is the legend... haha.. main-main jer..
Adik : haha, ok bang. jumpa lagi.
saya : ok jumpa lagi Insha Allah.. okgo
*sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment