Bismillahirrahmanirrahim,
Syurga adalah nikmat yang paling agung yang Allah anugerahkan kepada hambaNya yang beriman. Dalam bahasa inggeris kita boleh kata , the ultimate goal, sebabnya dalam syurga ada kesemuanya dan yang paling nikmat adalah kita boleh melihat Allah, Pencipta kita.
Tapi ramai kita hari ini, ingin ke syurga, tapi tidak beramal seperti ahli syurga. Solat masih tidak dilakukan dengan sempurna. Berjemaah jarang sekali. Tilawah sebulan sekali. Subuh gajah. Malam disibukkan dengan hal-hal dunia yang sudah pastinya melalaikan. Senang kata, hampir tidak ada amalam seharian yang dilakukan seperti ingin ke syurga.
Syurga merupakan motivasi yang amat kuat kepada para sahabat Rasulullah pada masa awal Islam. Malah menjadi motivasi kepada ramai manusia juga sehingga ke hari ini. Tetapi, motivasi tersebut amatlah kuat sehinggakan mati di jalan Allah adalah lebih mereka impikan berbanding hidup. Kematian bagi mereka bukanlah suatu penamat tetapi tempat istirehat sebelum dibangunkan semula pada hari pembalasan. Mati di jalan Allah adalah lebih mulia berbanding hidup dalam kemaksiatan.
Banyak gambaran-gambaran syurga yang Allah rakamkan di dalam Al Quran yang kita boleh baca, faham dan amal supaya kita lebih bertambah baik seharian.
Harga syurga adalah begitu mahal. Tidaklah hanya dimasuki oleh orang yang berciti-cita kecil tetapi dimiliki oleh manusia yang berjiwa besar, cita-cita besar dan sentiasa bermatlamatkan Allah dalam kehidupan sehari-harian. Tapi, menuju ke syurga bukanlah mustahil.
Mari kita menuju dan bersama bertemu di syurga. Insha Allah.
No comments:
Post a Comment