Seseorang datang mengadu kepada saya, "beliau sedang mengalami tekanan kerja yang mendadak, apa mungkin yang boleh beliau buat untuk mengatasi masalah beliau itu"
Ya, itulah kehidupan saya kata pada dia. Dalam kita tidak sedar, tanggungjawab yang lebih besar datang kepada kita tanpa kita minta. Hanya satu cara penyelesaiannya, iaitu dengan menghadapinya.
Kalau hendak disenaraikan tanggungjawab memang tak temampu kita senaraikan. Memang banyak. Hatta, jika kita tidak punyai tugasan atau jawatan sekalipun, kita memang sudah dipertanggungjawab dengan amanah sebagai seorang hamba.
Jadi itulah, saya kata pada beliau, memang kita perlu menghadapinya. Macam mana sekalipun kita kena hadapi cuma yang penting kita kena jaga niat dan berfikir dalam menentukan cara menghadapinya. Rasulullah SAW, adalah contoh terbaik dalam bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara. Keberjayaan sesuatu perkara bukanlah hanya dengan jumlah kehadiran semata-mata. Tetapi adalah dengan keberjayaan mencapai objektif dalam melaksanakan sesuatu.
Tanggungjawab akan datang dengan lebih kerap dengan bertambah besarnya peranan kita. Jawatan kita, pekerjaan kita, rumahtangga kita dan masyarakat tempat kita tinggal. Semuanya menjadi tanggungjawab kita kelak.
Usah cari jalan keluar. Lihat kehadapan dan melangkah gagah. Kerjasama adalah resepi untuk mencapai kejayaan. Tanggungjawab bukan bersifat ada dan tiada, tetapi samada kita sedar atau tidak akan tanggungjawab itu.
Ayuh!!

No comments:
Post a Comment