Tuesday, 9 April 2013

Ukhuwwah

Bismillahirrahmanirrahim,

Pernahkah anda bertemu dengan seorang yang anda tidak kenal tapi berbual seperti sudah lama bersama dan sudah lama tidak berjumpa?

Atau, biasakah anda bertemu dengan seorang kawan sekolah setelah 5 tahun tidak berjumpa?

Kedua-dua situasi itu biasa dilalui oleh semua orang di atas muka bumi ini. Dan saya pernah merasai kedua keadaan tersebut dan ia sangat indah. Sungguh indah. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukanlah seorang ahli sastera yang kaya dengan bahasa dan mungkin lebih hebat dalam menggambarkan keadaan. Namun, perkara penting yang ingin dikatakan ia adalah sangat seronok dan mungkin sama seperti baru memenangi perlawanan bola sepak bertemu dengan pasukan handalan.

Hubungan sesama manusia terbentuk melalui pelbagai cara atau medium. Mungkin, seseorang ini bersahabat kerana mereka minat memancing. Atau, seperti yang biasa di Malaysia ini adalah kerana sama-sama belajar di sekolah, universiti, subjek, kolej, aktiviti dan lain-lain lagi. Mudah kata, apa- apa pun boleh jadi medium dalam bersahabat.

Ukhuwwah, adalah sesuatu yang manusia sangat-sangat memerlukannya. Kita boleh lihat dalam masyarakat itu sendiri juga diri kita sendiri. Hakikatnya, dalam kata lain, kita tidak mampu untuk hidup bersendirian. Adam yang berada di syurga masih terasa sunyi. Bola sepak tidak seronok dimain berseorangan. Makan tidak gembira jika menikmatinya seorang diri. Duduk di rumah akan bosan tanpa teman.

Tetapi, boleh jadi ikatan itu terjalin atas dasar yang kurang sihat (saya tidak mahu nyatakan).

Jadi,ada satu ikatan yang mana ia bersifat universal dan menjadikan kita lebih jelas dan saling mencintai satu sama lain. Ukhuwwah berdasarkan akidah. Ikatan yang tidak akan putus sampai bila-bila selagi mana kita beriman kepada Allah. Ukhuwwah yang dilahirkan melalui iman menjadikan kita lebih mencintai semua di sekeliling kita termasuklah yang berlainan bangsa, keturunan dan agama. Termasuklah haiwan.

Jadi, sebagai seorang muslim, kita seharusnya lebih sedar lagi akan halikat ukhuwwah yang terjalin selama ini. Ikatan sekadar rakan sekolah, malah darah daging sekalipun belum mampu jari sekuat ikatan akidah, ikatan atas dasar iman.

Mari bersama kita hayati sirah Rasullullah SAW dan sahabat dan generasi awal yang seterusnya supaya kita lebih helas dan sedar apa yang dapat menjadikan bumi ini tempat yang lebih baik. Lebih aman tanpa perang. Lebih gwmbira antara satu sama lain.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment