Friday, 5 October 2012

Kejayaan


Bismillahirrahmanirrahim, 

Saya masih teringat kata-kata dari satu pengisian yang disampaikan oleh seorang sahabat. Beliau ada berkata, bahawa manusia menginginkan kehidupan yang bahagia. Ya, hidup bahagia. Hidup bahagia boleh dirujuk kepada banyak perkara, hidup yang tenang, memilki harta yang banyak, rumah besar, kereta besar dan duit yang banyak dan mampu beli dan buat apa sahaja. Sungguhpun, kehidupan yang bahagia tidak berkait langsung dengan harta dan kemewahan hidup namun hakikatnya itulah apa yang manusia hari ini merujuk sebagai hidup bahagia.

Hidup yang bahagia ini hanya dimiliki tatkala hati ini merasa tenang dengan hidup. Hati yang sentiasa hidup dengan mengingati Tuhan. Hati yang tidak pernah putus-putus untuk berdoa, meminta, merendah diri, sujud, patuh, tunduk hanya kepada Allah. Hati yang menolak dari dikuasai oleh dunia yang sementara. Hati yang ‘celik’ melihat keadaan sekelilingnya. Hati yang merasakan sayang kepada manusia di sisinya. Hati yang sentiasa hidup bermatlamatkan redha Allah.

‘we will realize that our lives is meant for each other’

gambar hiasan
Kejayaan akademik diukur dengan bilangan ‘A’  dan GPA yang kita perolehi, atau dengan memiliki ijazah. Kejayaan ko-kurikulum kita ukur dengan melihat pingat yang kita dapat dalam pertandingan, emas, perak dan gangsa. Kejayaan perniagaan kita ukur dengan jumlah keuntungan. Kejayaan memerintah diukur dengan pembangunan yang dilaksanakan. Kejayaan program diukur dengan bilangan orang yang hadir.




Tetapi, apakah kayu ukur kejayaan hidup kita?

Kita, manusia, hidup bermatlamat. Kita hanya berjaya apabila kita mencapai matlamat kita.

Apa matlamat kita?

Wallahua’lam.

Sunday, 23 September 2012

Menghadapi Realiti

Pernah suatu ketika, timbul satu persoalan mengenai fungsi otak sebagai penterjemah segala apa yang kita lihat melalui mata kita. Otak dikatakan hanya membentuk imej yang paling sesuai dan selari dengan apa yang kita lihat. Dalam kata lain, manusia sedang melihat sesuatu yang 'bukan benar'kerana otak kita hanya membuat suatu andaian. Kita sebenarnya sedang melihat suatu yang fantasi!

Kita sebenarnya sangat yakin bahawa hidup kita di dunia hanyalah sementara. Seperti kita menyinggah suatu hentian di lebuhraya. Telahpun tercatat bahawa dunia ini tidak lain hanyalah sementara, penuh dengan khayalan juga bukan tempat untuk kita bermain. Persoalannya, apa yang kita sedang bersedia untuk menghadapi mati dan melalui ke fasa seterusnya? Kata ramai ustaz, tepuk dada tanya iman.

Kita, manusia semakin hari semakin kenal, mengerti dengan peranan kita sebagai manusia. Kita semakin tahu keupayaan, kelemahan dan potensi yang diberi pada kita. Tetapi sekali lagi, kita lupa.

"human knows that they are going to die, however they turn their self and forget."

Perlu kita sedar realiti hidup ini. Dunia ini sungguh, penuh dengan khayalan yang sangat, sangat mengkhayalkan. Lihat diri kita sendiri(saya) dan masyarakat disekeliling. Adakah kita sedar atau sedang melarikan diri dari realiti kematian kepada fantasi dunia.

Sungguh, susah bagi kita untuk terus kekal ingat mengenai hakikat hidup dan kematian. Walaubagaimanapun, tidak mustahil untuk sentiasa ingat. Hati dan akal yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa memenuhkan masa dengan persiapan untuk alam yang berikutnya. Dan mereka adalah manusia yang paling genius di dunia ini. Manakala manusia yang lupa akan menyesal tatkala masa itu tiba. Na'udzubillahi min zalik.

Wallahua'lam.

Thursday, 16 August 2012

Aku kata...

Orang kata susah nak buat, aku kata senang je,
Orang kata penat bila banyak kerja, aku kata badan sihat,
Orang kata membazir masa buat kerja tak kena minat, aku kata ilmu baru
Orang kata gambar buruk sebab senget,aku kata seni,
Orang kata leceh, aku kata melatih,
Orang kata rumit, aku kata seronok.

Dalam semua benda yang orang rungutkan aku kata itu pengalaman.

Wednesday, 11 July 2012

To Infinity and Beyond ..!


Sekali lagi, ia berkenaan potensi. Manusia dicipta dengan memiliki potensi masing-masing. Sayangnya, ramai yang masih tidak mampu mengenali potensi yang terkandung dalam diri mereka. Kita selalu sahaja mendengar atau pergi mendengar pengisian berkenaan bakat atau potensi yang terpendam dalam diri kita. kita sering mendapat suntikan untuk mengeluarkan bakat tersebut untuk digunakan untuk memajukan diri kita.
Kadang-kadang kita terasa kurang yakin dengan diri kita. rasa kurang yakin dalam mengeluarkan potensi-potensi yang ada. Selalu sahaja berasa lemah apabila berhadapan yang mungkin lebih menonjol dan berpotensi tinggi.

Tetapi ingatlah, potensi yang kita ada akhirnya hanya akan merosakkan kita jika ia terus tersimpan. Potensi yang tidak terkeluar akan membuat kita berantakan dalam diri kita.

Keluarkanlah potensi tersebut. Ia bukan untuk ditunjukkan pada pandangan manusia lain. Bukannya untuk mendapat pujian dari orang lain. Bukan untuk merosakkan diri kita. tetapi, potensi itu adalah untuk kita mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita dan meraih syurgnya di akhirat kelak.

Bakat itu tidak akan pernah padam. Potensi itu tidak akan hilang tiba-tiba. Di saat kita mula menyedari dan menggunakan potensi kita, ianya akan terus berkembang dan berkembang selagi hayat kita dikandung badan. Potensi tanpa sempadan. 

http://www.sacredart-murals.co.uk/mural-gallery/toy-story-mural-shrek-monsters-inc.htm




Notis Maaf

Assalamualaikum,


Saya ingin memohon maaf atas semua kesalahan yang pernah saya lakukan. Segala perkataan yang saya ucapkan. Segala perbuatan yang tidak baik yang saya lakukan. Segala perjanjian yang tidak ditunaikan. Segala kepercayaan yang saya pecahkan. Segala harapan yang saya musnahkan. Segala amanah yang saya tinggalkan. 

Hari ini saya tentu lagi dapat saya habiskan andai hayat saya tamat sebentar lagi. Hari esok tidak akan saya lalui andai hari ini saya pergi. Hari kemudiannya tidak saya lalui andai saya pergi sebelum tibanya waktu tersebut, tahun tersebut dan umur tersebut. Masa yang saya ada amatlah singkat. Namun, banyak masa yang saya ada adalah diisi dengan kesalahan dan kesilapan. Jarang sekali untuk saya melakukan kebaikan. Jika perbuatan itu baik sekalipun, ia tidak menjadi amal baik tatkala sifat riak menjelma dalam diri saya. Jika saya menolong orang, ia tida bermakna tatkala saya mengharapkan sesuatu dari perbuatan itu. Sewaktu saya menyampaikan sesuatu atau memberi nasihat, ia tidak bermakna apa-apa kerana saya takabbur. Waktu-waktu yang sepatutnya digunakan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, saya habiskan dengan perkara sia-sia. Sering sahaja saya melakukan sesuatu tanpa tujuan dan matlamat yang jelas. Amat mudah untuk saya bergelumang dengan perkara kejahatan. Amat susah untuk saya terus menerus melakukan kebaikan.


Justeru, dengan notis maaf saya kepada kalian ini, saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang telah saya lakukan. Mungkin kesalahan itu menyebabkan kalian terasa sehingga ke hari ini. Mungkin kesalahan itu menyebabkan kesan yang berpanjangan terhadap diri kalian. Maaf saya pohon dari kalian.

Semoga kalian terus berbahagia dan dimurahkan rezeki. ..

Wednesday, 4 July 2012

Beraksi


Perbuatan berkata lebih kuat dari perkataan (baca: actions speaks louder than words). Tindakan akan menampakkan hasil. Tindakan yang betul akan memberi hasil yang baik dan jika tindakan yang salah akan memberi hasil yang tidak baik. Segala tindakan bermula dengan pemahaman. Pemahaman datang dari pengetahuan. Pengetahuan datangnya dari pembelajaran.

Ironinya, kebanyakan orang termasuk saya, proses yang membawa kepada tindakan tidak berlaku. Ianya tergantung sekadar tahap berfikir. Maka ramai yang berfikir, berhujah memberi pendapat, berdebat menegakkan pendapat masing-masing tetapi, hasilnya tidak kelihatan.

Selain dari pengetahuan, apa yang perlu di’mindset’kan dalam kita membuat kerja(tindakan) adalah tujuan atau niat apa yang kita letak dalam membuat sesuatu perkara. Begitu juga rasa kehendak untuk membuat sesuatu perkara. Timbul persoalan, bagaimana untuk mewujudkan rasa kehendak tersebut? Bagaimana, setelah banyak yang kita perolehi dapat mewujudkan momentum dalam menggerakkan kita untuk bekerja? Ilmu yang banyak dimiliki dapat disalurkan dengan apa cara dan bentuk yang bagaimana?

Saya tiada jawapan muktamad kepada persoalan-persoalan tersebut. Mungkin, saya hanya dapat kaitkan dengan niat apakah kita berbuat sesuatu perkara itu.

Melihat dalam skop yang lebih luas, bagaimana, dengan apa yang kita perolehi dapat memanfaatkan masyarakat. Apa sumbangannya? Apa kesannya? Bagaimana dalam jangka masa panjang nanti?

Kesimpulannya, banyak perkara di dunia ini adalah memerlukan usaha. Bukan sekadar percakapan sahaja. Dalam mewujudkan hasil yang bermakna, maka, ia bergantung kepada niat dan tujuan apa yang hendak dicapai.

Semoga saya dapat menjadi lebih faham dalam melakukan sesuatu tindakan.

Wallahua’lam.

Friday, 18 May 2012

Cikgu, saintis dan ahli perniagaan


Di dalam kelas, pensyarah meminta untuk menulis sebuah perenggan pendahuluan bertajuk ‘kerja paling seronok di dunia’ (dibaca: the best job in the world).

Lalu, saya pun terus menulis perenggan tersebut. Sepatah demi sepatah perkataan dan akhirnya saya menyatakan menjadi ahli perniagaan adalah yang terbaik di dunia.

Kawan Rusia di sebelah saya bertanya (perbualan dalam bahasa inggeris tetapi ditulis dalam bahasa melayu). Apa kerja yang awak tulis? Saya menjawab, ahli perniagaan. Ditanya kembali kepada saya kenapa ahli perniagaan? Saya jawab, kerana pulangan yang lumayan. Kerja banyak untung pun banyak.
Radik(nama sebenar) pun berkata, kita sepatutnya cuba untuk letak kerja yang mampu untuk membangunkan masyarakat. Kerja yang diperlukan dan berkhidmat untuk masyarakat. Saya tanya semula, kerja yang macam mana? Dia pun terus menunjukkan tulisan beliau. Dalam perenggan beliau menyatakan, cikgu, saintis dan ahli perniagaan adalah kerja yang terbaik di dunia. Kerana kerja-kerja itu diperlukan untuk membangunkan, mendidik dan membantu dalam membina masyarakat.

Kawan saya menyatakan lagi bahawa, dunia pekerjaan adalah suatu masa yang pasti ditempuhi oleh manusia, sama ada mahu atau tidak dan sedar ataupun tidak. Memang lumrah untuk manusia memiliki pekerjaan. Cumanya, pekerjaan itu seharusnya membolehkan kita untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Kenapa cikgu? Sebab cikgu adalah individu yang berperanan mendidik, bukan sekadar mengajar subjek dan menyelesaikan masalah pelajaran. Malah, peranan terbesar itu adalah membentuk manusia. Mengapa ahli perniagaan? Kerana individu inilah yang akan menyumbangkan harta atau sebarang keperluan lain untuk membangunkan masyarakat. Ahli saintis? Kerana pembangunan memerlukan ilmu, penyelidikan serta pembaharuan dan penemuan. Mengambil contoh pada Amerika yang mampu membangunkan negara yang maju sungguhpun mereka mengalami ketandusan jiwa. Lihat lagi di Jepun yang mempunyai disiplin tinggi hingga mampu bangkit dengan jayanya walaupun negaranya dibom hingga menjadi padang jarak padang tekukur.

Masyarakat pada masa dahulu amat menghargai segala apa yang dicapai. Mungkin pembangunan adalah sesuatu yang jarang suatu masa dahulu. Tetapi jika dapat melihat apa yang ada pada hari ini, mereka menghargai.

Tidak ada apa-apa nilai pada pekerjaan sekiranya ia tidak dilakukan bersungguh-sungguh, ikhlas dan semangat yang tinggi. Seorang cikgu hanya seorang cikgu biasa jika dia tidak bersungguh dalam mendidik anak muridnya. Seorang saintis hanya akan menyebabkan kerosakan jika tidak dia tidak ingin berbakti kepada masyarakat. Seorang ahli perniagaan hanya akan menekan masyarakat jika dia tidak pernah terdetik buat seketika untuk berbakti kepada manusia.

Apa yang cuba disampaikan oleh sahabat Rusia saya adalah penting untuk kita sentiasa memikirkan bagaimana dengan apa yang kita ada dapat digunakan untukmembangunkan masyarakat. Apakah solusi kepada masalah generasi hari ini yang jarang sekali menghargai nikmat yang diperoleh.
Jadilah kita seperti daun halus pada pokok yang berperanan penting untuk tumbesaran pokok.

Wallahua’lam.                                                                          

Wednesday, 9 May 2012

A morning with ikhwah

After performing the Dawn pray, we having a tazkeerah given by one of the ikhwah in a house. It is a pleasant morning. By having some tazkeerah, it would reminding ourselves of what we should achive in our day.

It is about ukhuwwah.

Ukhuwwah is the bond that linked between human. Ukhuwwah exist when there is a sharing of love, care, and also their own selves. Just like atom. The molecules can bond by sharing the electrons. Ukhuwwah doesn't exist just by knowing a person. It needs us to feel the sharing of the love. The needs to help our friends when they face a problems. Feel the urgency to meet them everyday to ask for their wellness. Until at some point, we even care our friends rather than ourselves. That is UKHUWWAH.

Ithsar is the peak of ukhuwwah. Ithsar means, preferring our relatives more than ourselves. What happens to our friends is much important than what happen to ourselves. This happens in the history. The story of Ikrimah, Aisyah r.a. and many more.
"And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise." (al-anfal:63)


 Lets ukhuwwah-ing. okgo. =)


Monday, 16 April 2012

Jalan-jalan

Baru-baru ini, saya ada menghadiri sebuah forum berkenaan homoseksualiti. Di dalam forum tersebut membincangkan tentang adakah isu gender ini suatu jenayah(dalam konteks mudah) atau boleh diterima di Malaysia.

Sebagai mahasiswa yang belajar di UPM, jarang untuk mendapati isu-isu seperti ini wujud atau heboh di UPM. Namun, bukannya keadaan terlalu baik di Serdang. Cuma, tidak wujud terlalu ketara atau mungkin, isu lain yang lebih menonjol.

Hm, ok baik, pasal isu jantina ni, memang ada kaitan dengan faktor genetik selain pengaruh kawan dan media. Cuma tertarik dengan pendirian seorang ahli panel yang secara terus mengaitkan isu ini ialah isu moral. Moral adalah suatu perkara asasi yang membolehkan manusia hidup dalam suasana yang harmoni dan selamat. Bila kata berkenaan gender, memang berkait rapat dengan moral sebabnya,benda ni tak menurut fitrah. Tapi pendirian golongan ni merasa berhak untuk diterima dalam masyarakat. Tiada diskriminasi. Selamat untuk meneruskan.

Saya hanya faham yang benda ni memang tak boleh diterima. Tapi, selepas program tu, saya dapat satu penjelasan baru. Mungkin dapat dikaitkan dengan suatu kisah yang pernah berlaku suatu masa dulu. Bagaimana kita (saya) sepatutnya memainkan peranan dalam memahamkan, menyedarkan masyarakat berkenaan perkara seperti ini. Juga, bagaimana kita perlu bertindak sebagai pelindung kepada orang di sekeliling kita daripada orang yang zalim.

Ar Rasul sendiri melindungi penduduk yang berlainan agama. Saya mendengar cerita dari seorang yang mengaku homoseks dipergunakan dan diperalatkan hingga tak tahu pada siapa dia hendak mengadu.

Saya bukan penyokong kepada LGBT. Cuma ingin semua merasakan bahawa moral tidak dibentuk dengan hanya wujudnya sistem. Kerana moral dibentuk oleh suatu yang lebih menyeluruh dan wujud secara fitrah iaitu agama.

(janganlah bermalas-malasan lagi. Huhu...)

Sunday, 15 April 2012

Becoming a Ninja

Ninja adalah salah satu karakter yang signifikan dalam kalangan penduduk Malaysia hari ini .

Banyak yang boleh dipelajari dari ninja dalam cerita2 ninja yang ada.

Untuk mejadi seorang ninja memerlukan seseorang itu untuk meletakkan seluruh hidupnya untuk menjadi seorang ninja.



Dalam perjalanan menjadi ninja itu, seseorang itu perlu melalui latihan yang mampu melatih 3 aspek @ komponen asas seorang manusia ; jasad, akal dan roh (sebutan lain ; mental, jasmani dan rohani). Latihan fizikal membentuk tubuh badan yang kuat dan berdaya tahan dengan segala rintangan fizikal. Latihan akal untuk menajamkan fikiran, menambah ilmu pengetahuan dan bersedia menyelesaikan masalah. Latihan rohani melengkapi kedua aspek dengan menentukan akhirnya kekuatan fizikal dan mental akan digunakan untuk kebaikan. Melatih dalaman agar lebih yakin untuk menghadapi rintangan dan cabaran.

Seorang ninja tidak pernah kenal erti putus asa. Jarang sekali untuk mengaku kalah ketika berjuang. Masa beliau seharian digunakan untuk berjuang.

Berjuang menegakkan KEBENARAN.


Hidup seorang ninja adalah untuk berbakti kepada masyarakat di sekeliling. Kekuatan yang ada digunakan untuk menolong orang lain. Ilmu yang dipelajari digunakan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat disekeliling dia. Tidak kenal erti letih dalam berjuang. Masa dibahagikan dengan baik. Masa untuk Pencipta, masa untuk masyarakat dan masa untuk sendiri. Dan untuk diri sendiri paling kurang dibahagikan.

Sentiasa komited dalam menjalankan tugas. Jelas dengan matlamat hidup. Mampu membezakan antara matlamat dan alat. Sentiasa perbaiki amalan-amalan seharian. Sentiasa berusaha untuk memperbaik keadaan sekeliling.

Bagaimana untuk menjadi seorang ninja, begitu juga bagaimana kita menjadi seorang muslim. Malah perlu menggunakan usaha yang lebih tinggi dan gigih lagi.

Selamat bejuang kepada anda yang membaca. Semoga anda terus diberi kekuatan untuk terus berjuang. Semoga kita berjaya mencapai cita-cita dan matlamat kita.

Selamat berusaha. Insya-Allah.

Thursday, 5 April 2012

Siapa kita?

Siapa kita?

Kadang kita mungkin bertanya kepada diri kita siapa kita yang sebenar. Mungkin, sampai satu masa kita akan memikirkan apa yang pernah kita buat selama kita hidup. Atau mungkin, kita memikirkan apa yang kita pernah capai atau dapat? Mungkin lagi, kita bertanya kerana kita ingin tahu apa yang pernah kita sumbangkan kepada orang sekeliling, masyarakat, rakan, sahabat, Ibubapa, kolej kediaman, fakulti mahupun tempat kita kerja dan di mana sahaja kita berada. 

Sesetengah orang mungkin menggunakan masa dengan membaca, dan study. Sesetengah mungkin tengah memasak burger yang berbagai-bagai jenis. Ada juga yang tengah sibuk membuat persiapan majlis. Mungkin juga sedang memberi ceramah di surau atau masjid. Yang biasa, mungkin tengah main DoTA, counter strike source dan lain-lain.


Banyak perkara yang mampu dibuat oleh manusia. Apatah lagi di usia yang muda. Pastinya, dengan tenaga yang banyak pada waktu itu, banyak perkara yang boleh dilakukan selagi mana yang termampu.

Hakikatnya, dalam diri kita sentiasa wujudnya perasaan tercari-cari. Mencari diri sendiri, erti hidup, tujuan hidup, mencari... masa hadapan yang bahagia, tercarikan perkara-perkara yang membahagiakan kita.

Kalau tidak, mana mungkin kita menyertai salah satu kelompok dalam masyarakat.

Masyarakat dibentuk oleh kelompok-kelompok masyarakat yang kecil. Kelompok kecil ini boleh jadi apa sahaja.

Adakah diri kita ditentukan oleh kelompok-kelompok kecil dalam masyarakat ini?

Pastinya tidak. Kerana, diri kita sendirilah yang berhak dan mampu untuk menentukan hala tujunya sendiri.

Persoalannya, adakah kita sudah membuat pilihan yang tepat?

Wallahua'lam.




Monday, 2 April 2012

Kuat semangat. Yeay!!

Apa agaknya yang diperlukan oleh... :

orang yang mahu bangun tidur dengan mudah

pelajar yang cemerlang dan mendapat ijazah kelas pertama

peserta acara explorace untuk menang

seorang Ibu yang perlu melayan kerenah anak-anaknya

pekerja yang seharian membanting tulang demi mencari sesuap nasi

cikgu yang ingin membentuk anak muridnya agar berjaya menjadi seorang manusia

petani yang jarang sekali mengambil cuti

manusia yang ingin menjadi seorang super saiya peringkat 5 !!

Apa yang sama pada mereka semua? 

Ya, apa yang dimiliki oleh mereka semua adalah semangat yang kuat dan kental dan tidak mudah luntur dengan dugaan dan cabaran, yang tidak mudah lusuh dengan kepenatan, yang tidak senang hilang dengan tekanan dan sentiasa berazam untuk bekerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik!!!!

Tuesday, 27 March 2012

precious

One man, have to choose whether he is going to change his job or not. He seems confused with what he is actually want to do.

He asked his parents for an opinion or suggestion.

First things that his parents asked from him is why do you want to change your job?

He did not answered. He does not have any answer to that question.

Secondly, his parents asked, what do you to achieve.

Again, no answer. There are a lot of questions that rounding in his mind. Some said that, forgetting things is a cure. However, forgetting things made him become confused and full of questions.

Now, his parents know what are the real problems.

People can not do anything when they don't have something that thy want to achieve. Because with it you will become a diamond. A diamond is a precious things in the world. It was formed under high temperature and pressure. It may not change itself easily. Put it everywhere you want. It will just the way it is. Put it into the sea, in mud or in a desert. It will stay the same. Shining under the light. Not easily being controlled by environment.

Son, go anywhere you want to. However don't ever you forget why do you do the things. Be yourself. Set your mission and vision. Success will come to you. May God always be with you.

Monday, 26 March 2012

Pencari Kebenaran



Seorang pencari kebenaran adalah orang yang tidak pernah kenal erti letih, lelah, penat dan rungutan. Seorang pencari kebenaran sentiasa mencari jawapan kepada persoalan-persoalan dalam kehidupan. Hidup dirasakan tidak bererti selagi mana kebenaran kepada kehidupan, jawapan kepada persoalan tidak diungkai untuk menjadi kefahaman.

Seorang yang mencari kebenaran pasti akan diberikan kefahaman dalam agama. Kerana akhirnya kebenaran itu adalah kebaikan.

Kebaikan adalah fitrah dan fitrah adalah islam.

Seorang paderi yang hanya berpegang teguh kepada fahaman logik semata akhirnya tunduk patuh ke dalam islam. Kerana apa? Kerana, fahaman logik itu membawa dia kepada kebenaran. Setiap ilmu itu adalah milik Allah swt. Sesiapa yang menginginkan maka dia perlu berusaha. Usaha yang dilakukan oleh paderi dalam tidak sedar membawa kepada kebenaran.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.

Kita dituntut untuk menjadi orang yang berfikir. Orang yang ketika berdiri, duduk, dan baring sentiasa ingat kepada kebesaran Allah.

Lawan kepada kebenaran sudah semestinya kebatilan. Ironinya, kebatilan tidak pernah kekal. Kebatilan sudah pasti tumpas kepada kebenaran. Sudah menjadi sifat kepada kebatilan yang ia bersifat sementara. Kebatilan hanya direka dan didokong oleh mereka yang menolak kepada kebenaran. Kebatilan hanya dibentuk oleh akal pemikiran manusia yang sering sahaja dipengaruhi oleh nafsu. Malah pemikiran manusia sendiri adalah terhad iaitu tidak akan pernah meliputi segala sesuatu. Maka, kebatilan itu pasti akan tumpas tatkala kebenaran itu hampir dan dicari serta dimiliki oleh umat ini. Kebatilan itu akhirnya pasti tidak dapat diturunkan kepada generasi yang seterusnya bila mana, generasi seterusnya disuluh dengan cahaya kebenaran.


17:81
And say, "Truth has come, and falsehood has departed. Indeed is falsehood, [by nature], ever bound to depart."


Dalam hati manusia, wujudnya satu ruang yang hanya dapat diisi oleh kebenaran. Sungguhpun manusia itu seorang pengamal atau pendokong kepada kebatilan, namun, kebatilan hanya dapat mengaburi permukaan pada ruang yang hanya dapat diisi oleh kebenaran. Kerana hati hanya mampu dipegang dan diisi oleh pemiliknya iaitu Sang Pencipta kita. Bila mana manusia itu peroleh kebenaran, hidup dirasakan lebih bermakna. Segala amal perbuatan dihayati dan dilakukan dengan penuh rasa khusyuk serta tawadhu'. Seakan-akan amal yang dilakukan sedang dilihat. Amal yang dikerjakan dirasakan benar dan tidak didasar atas dasar yang tidak jelas.

Mahu atau tidak, kebenaran pasti akan tertegak dalam diri setiap insan. Tetapi, setiap suatu itu memerlukan usaha. Semakin banyak yang kita usahakan maka semakin dekat kita pada kebenaran. Kabur kebatilan yang mengaburi hati akan ditiup dan ditembusi oleh cahaya kebenaran. Tertegaknya kebenaran di atas muka bumi tatkala tertegaknya kebenaran dalam diri.

Berusahalah!

Wallahua'lam. okgo.


Monday, 19 March 2012

Choosing

Each day, we are giving choices. Sometimes, there only a few choices, and sometimes, too many. We, never know if we had made a right choice. Although, initially, we felt that we had take the right choice but later we found that, we should choose the other choices. We feel regret with the early decision we had made.

Basically, we never know either it is right or not. Either, we had made a wise choice or not. Whether, the it brings good life or bring us to a dead end.

Future is mystery. The only way we could do in choosing an option in our life is, back to our Creator. Only He knows what best for us. Only He who knows everything that we do not know. He knows best.

Yet, how to know the right option. Well, learn from others who had gone through many things in their life. Learn how they had made their choice. Learn as much as possible so then you know how to make a choice.

But, still, need to pray to Allah and ask Him to guide us to a right way. Be assured with Him.






Sunday, 18 March 2012

Membentuk Manusia

Seorang Cikgu Y pernah berkata, " kerja cikgu hari ni tak sama macam kerja cikgu dulu-dulu. Sekarang cikgu mengajar murid jadi pandai, tapi dulu, cikgu didik murid jadi manusia. Dulu, orang susah nk belajar tapi boleh lagi survive untuk family, tapi hari ni semua benda dah bagi pun tak cukup."

*Sigh..*

Ya, hari ni kerja cikgu lagi senang, nak ajar murid jadi pandai. Tapi, tanggungjawab masih sama dan pada hakikatnya, lebih susah kerana akhirnya banyak masalah yang timbul bila mana murid tidak lagi dididik untuk menjadi seorang manusia.

Sambungan kepada cerita Cikgu Y adalah masalah-masalah murid di sekolah tempat beliau mengajar. Memandangkan Cikgu Y adalah seorang cikgu kaunselor maka, masalah murid mesti sampai pada dia.

Mengambil satu lagi perbualan dengan seorang pelajar sekolah yang berbangsa Cina. Dia berkata "saya nak jadi seorang pakar psikologi. Sebab saya nak selesaikan masalah sosial yang banyak berlaku di sekolah (percakapan dalam loghat Cina yang comel.. ^_^) Aku kagum dengan adik ni. Dia melihat benda yang tidak normal macam conteng dinding dan yang seangkatan dengannya itu, suatu masalah. Dan masalah adalah untuk diselesaikan. Bukan untuk ditolak atau diserah kepada orang yang tertentu untuk diselesaikan. Adik tu berkata, dia yakin punca semua masalah ni berlaku adalah sebab, kurang KASIH SAYANG.

Ya, kurang kasih sayang. Sebab itu jadi macam apa yang kita nampak hari ni.

Nak kata hari ni, masalah sosial jadi terlalu banyak kerana pelajar tidak dibentuk untuk menjadi manusia. Manusia tidak dicurahkan kasih sayang ke dalam hati.

Kalau tengok balik pada falsafah pendidikan yang berhasrat kepada pembentukan modal insan melalui sistem yang telah digubal. Tetapi masalah hari ini berlaku bukan sekadar kerana sistem tetapi orang yang mendirikan sistem dan masyarakat umum tidak memainkan peranan.

Hasilnya, lihat di sekeliling kita apa yang telah berlaku. Keruntuhan moral yang hakikatnya sangat jelas wujud dan tidak diambil peduli oleh kita semua(termasuk aku). Bukan nak kata semua tak ambil peranan tapi mari kita lihat realiti yang berlaku.

Solution? Bagi mereka kasih sayang. Kita buat kerana kita sayang dengan semua orang disekeliling kita. Kita buat kerana kita mahu merasakan hidup menjadi lebih bermakna. Kita buat kerana kita ingin berkawan dengan dia. Kita buat kerana.... Allah swt.

Insya-Allah. Mari berusaha. Okgo.

Saturday, 17 March 2012

Matlamat

Kita akan berperanan sebagai seorang manusia sekiranya kita mengenal, mengetahui dan memahami matlamat hidup kita. Sekiranya kita tidak mengenal maka kita tidak akan mampu berperanan sebagai seorang manusia di muka bumi atau lebih jelas dalam hayat kita. Manusia yang tidak bermatlamat seperti jam yang tiada bateri, kerana ia tidak mampu berfungsi untuk mem'beritahu' masa atau peti ais yang tak boleh memanjangkan jangka hayat bahan-bahan organik.

Bagaimana untuk mendidik agar manusia itu menjadi seorang manusia. Bagaimana?

Iaitu, bila kita tahu apa yang hendak dicapai.

Apa dia?



51:56
                                            And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.
                                 dan,


2:30


And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know."

Muhasabah diri sendiri.. wallahua'lam.


Monday, 12 March 2012

Henshin

Seronok, memang seronok. Rasa seronok bila dapat jumpa adik-adik, abang-akak, pakcik-makcik dan ramai lagi. Memang seronok bila dapat bersama buat aktiviti bersama-sama mereka semua. Seronok bila dapat berbual bersama. Seronok bila dapat menyampaikan sesuatu pada mereka yang pasti memerlukan nasihat. Yang pasti, sangat menyeronokkan apabila bersama dengan orang yang di dalam dirinya mahu berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini.



Quote dari seseorang yang menarik untuk diteladani,

Tahniah!,
Semoga anda menjadi insan yang baru,
     yang tabah mindanya,
     yang kuat fizikalnya, dan 
     yang mulia pekertinya.


Ya, insan yang baru merujuk kepada manusia yang mana yang bukan sekadar mempunyai pengetahuan yang tinggi, bukan sekadar boleh bermain 10 jenis sukan tetapi yang mempunyai akhlak yang mulia yang mampu menggunakan segala apa yang dia ada untuk kebaikan, untuk berbakti kepada manusia sekelilingnya, yang bermanfaat kepada orang lain dan dia buat ikhlas kerana Allah swt, pemilik sekalian alam.

Kita mungkin pernah lihat atau tonton dalam filem atau dalam cerita-cerita fiksyen yang menunjukkan bagaimana seorang professor yang sangat pandai menggunakan kepandaian dia untuk menjatuhkan orang lain atau mungkin lebih teruk lagi ingin mengawal dunia.


Dan dalam cerita-cerita lain, orang menggunakan kekuatan fizikal yang luarbiasa untuk tujuan yang jahat.

the joker yang genius dalam  membuat porak peranda

Pernah ada seorang berkata, "seorang atlet mungkin mampu untuk berlari dengan sangat jauh dan lama tanpa henti. tapi belum tentu dia mampu untuk bangun subuh". Ya Tuhan, berilah kami kekuatan untuk terus beramal ibadah kepadaMu.

Namun akhirnya, seorang manusia masih seorang hamba. Sampai suatu ketika, kita mungkin akan jatuh ke lembah gelap yang menggelapkan kita. Kita rasa susah hati. Kita rasa tenggelam dan tidak yakin dengan apa yang kita buat.

Tetapi, akhirnya, kita perlu sedar yang pilihan berada di tangan kita. Pilihan samada kita perlu terus melakukan kebaikan atau menjadi penolong kepada team jahiliyah. Pilihan yang seterusnya akan menentukan halatuju tindakan kita yang selanjutnya. Setelah banyak nasihat, ilmu, pengalaman dan lain-lain yang kita pernah dapat sepanjang perjalanan hidup kita ini, akhirnya ditentukan pada setiap masa kita mulai diduga dengan apa-apa sahaja bentuk dugaan yang mungkin kita terima. Saat tibanya dugaan itu, janganlah mengeluh dan berputus asa. Gunakan segala kekuatan yang masih dimiliki untuk terus melangkah maju ke hadapan. Berubah sebelum rebah. Berusahalah! okgo!

"..Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any patron" Surah Ar-Ra'd:11



Thursday, 8 March 2012

Perfect!!

Pada suatu malam, sedang bersama beberapa orang sahabat yang tercinta, berjalan-jalan... Bersiar-siar menikmati keindahannya alam. Ataupun yang sebenarnya baru baik swimming (berenang).

Sedang dalam perjalanan pulang, terserempak dengan sekumpulan individu yang sedang menangkap gambar (photography). Pemandangan yang cukup indah yang memang akan membuat hati rasa tertawan dan rasa damai, yang sudah pastinya menarik perhatian sang photographer.

Menangkap gambar ini suatu seni. Ya, seni yang mudah dipelajari. Tetapi dengan syarat, memiliki kamera di tangan.

Setiap photographer pasti menginginkan shot yang terbaik. Agar, kita dapat tunjukkan sesuatu yang terbaik kepada masyarakat.

Sama, sama sahaja dengan apa yang kita buat dalam hari-hari kita. Kita pasti mahu melakukan sesuatu yang terbaik agar kelihatan baik pada pandangan orang lain.

Di sini, kita lihat, mengapa tidak kita melakukan perkara yang sama dalam beribadah kepada Allah swt. Kita sentiasa rasa ingin buat yang terbaik. Kerana apa? Kerana, kita sedang mengadap Pencipta kita. Seorang pegawai pasti menunjukkan hasil yang terbaik di hadapan bos mereka. Bukankah ada dikatakan bahawa Tuhan itu sangat dekat dengan kita. Lebih dekat dari urat darah. Sentiasa baiki mutu ibadah agar ia lebih terasa dalam diri kita.

Jom sama-sama. Okgo!

Wednesday, 7 March 2012

Kisah Manusia dan Elektron

ciri-ciri elektron (electron)  :

1) bergerak hampir pada kelajuan cahaya
2) mempunyai berat yang sangat ringan
3) berpusing mengelilingi proton
4) dan terlibat dalam banyak tindak balas (reaction)

Elektron bergerak pada kadar yang sangat laju sampaikan kita tak dapat lihat bentuk dia macam mana. Sifat elektron ni, dia akan bergerak lebih laju bilamana, tenaga (energy) dialirkan kepada elektron tersebut. Makin banyak tenaga yang dialirkan maka elektron itu akan bergerak dengan lebih laju lagi. Hasilnya, tindak balas berjaya.

Manusia seperti elektron. Bila mana, makin banyak daya yang kita kenakan ke atas manusia, maka potensi manusia itu akan lebih terserlah lagi dan lagi. Antara sifat sesetengah manusia (mungkin), mereka akan lebih bersemangat, lebih bertenaga, lebih aktif tatkala individu itu dibebankan dengan kerja yang sangat-sangat banyak.


Kita seharusnya semakin sedar yang masa-masa yang kita lalui, menjadi lebih sukar, lebih mencabar, lebih susah, penat dan melelahkan. Bukannya, makin lebih bersenang-lenang. Sebabnya, tanggungjawab kita makin banyak. Kerja makin menimbun-nimbun. Sampaikan kita tak boleh nak lari lagi dah. 

Ya! Memang memenatkan. Tapi ingatlah, macam mana elektron yang lebih berhasil bila ia diberi lebih daya lagi dan lagi. 


Hmm, ok. Saya tak suruh kalian untuk buat BOM. Tapi, apa yang ingin dipertuliskan adalah, bagaimana kesan dari elektron yang mampu merembeskan.. eh!, melepaskan begitu banyak tenaga. 

Sekali lagi, elektron akan bergerak pada kadar yang sangat tinggi dalam satu garis lurus, bila diberikan daya yang tinggi. Harus diingat, manusia mudah LUPA bila ia menjadi senang dan hebat. Sentiasa ingat, apa yang harus bergerak seiring semasa kita semakin sibuk dengan kerja-kerja, semakin mahir melakukan berbagai-bagai kerja adalah amal ibadah kita kepada Allah. Ya, buat kerja kerana Allah adalah ibadah. Tapi, hakikatnya memang manusia itu mudah lupa dan lemah. Syaitan sentiasa menggoda dan menarik kita ke lembah yang gelap untuk kita jadi keliru. Ditambah lagi dengan orang di sekeliling yang kadang-kadang nak menyakat kita. 


Jadilah manusia yang sentiasa tunduk sujud kepada al-Khaliq di mana saja anda berada... 

Selamat berusaha. Okgo!! 

(Muhasabah diri)





Monday, 5 March 2012

Nikmat



Say: "If the ocean were ink (wherewith to write out) the words of my Lord, sooner would the ocean be exhausted than would the words of my Lord, even if we added another ocean like it, for its aid." (al Kahfi : 109)


Maka, setelah banyak nikmat yang dikurniakan, adakah kita sudah menjadi hambaNya yang bersyukur. 

Rasulullah S.A.W bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur atas segala nikmat yang telah diberikan. 


ok go!

Bismillahirrahmanirrahim,

ok, baru nak mula.
semoga dapat memberi sesuatu yang bermanfaat, insha-Allah.
sesetengah mungkin hanya dapat menulis tanpa tindakan,
mungkin boleh cuba untuk diamalkan di samping mengambil pengajaran,
menjadi seorang penyeru adalah suatu tanggungjawab.
baiklah, langkah bermula.

Insya-Allah


Sunday, 4 March 2012

Successful Man In Life

Bismillahirrahmanirrahim,

In a class, the students were asked by the lecturer, 

"who is the successful person in their life ?"

Most of the students were being quiet, no answers. Who ever know the exact person who got success on their life. Yet, we actually do not know what is the benchmark for the 'successful' person.

One student said, " we do not know Dr." 

and the lecturer replied, 

"open Quran, and read surah al-Baqarah verse 2-5."

Headshot. 

Such a nice answer, 

"Who believe in the unseen, establish prayer, and spend out of what We have provided for them,"

"And who believe in what has been revealed to you, [O Muhammad], and what was revealed before you, and of the Hereafter they are certain [in faith] "

"Those are upon [right] guidance from their Lord, and it is those who are the successful."

al-Baqarah : 3-5

Yes, a successful person in their life is a success person in the view of the Creator, Subhanallah...

Taqwa is the benchmark for the successful person in their life. Lets strive to be a success person in life, Insha-Allah. okgo!

Thursday, 1 March 2012

Yakinlah..!

Ini kisah seorang Mr X. Beliau merupakan seorang pelajar yang melalui kehidupan sama seperti mahasiswa lain malah seorang pelajar yang paling terkenal mahupun rajin. Seperti hari-hari lain dalam hidup beliau, awal-awal pagi sudah beri-siap ingin ke kelas yang bermula pada pukul 8 am. Setibanya di kelas (tiba2), beliau pun menelaah sebuah buku untuk mengisi masa yang sentiasa mencemburui kita. Beberapa ketika kemudian, pensyarah beliau pun masuk ke kelas. Tidak seperti hari-hari lain, sesuatu yang tidak terjangka berlaku, ibarat hujan yang turun di saat langit cerah, ibarat salji turun di kawasan yang tidak pernah dihujani salji dan ok..ok.. cukup. Pensyarah beliau membuat kuiz. Ya, KUIZ, sesuatu yang jarang2 didengari oleh Mr X untuk subjek ini. Namun begitu, dengan relaks beliau berkata, kepada Allah aku berserah. Sebabnya, Mr X ni memang tak sedia apa2 pun lagi. Tatkala soalan kuiz dapat di tangan beliau, Mr X pun menjawab dengan tenangnya. Sedang menjawab sambil melihat ke arah kanan dan kiri beliau...fuhh..peluh besar. Macam mana nak jawab ni ? Rakan sekuliah beliau yang lain masing2 sedang tekun menjawab sambil merujuk kepada... nota? (Huh?!) Sekali lagi, beliau berkata, takpe, Allah itu Maha Kuasa. Beliau terus menjawab sehingga tamat masa menjawab. Ketika mana masa telah tamat, pensyarah itu memberi arahan yang berbunyi begini, "baik, perhatian kepada pelajar sekalian. masa telah pun tamat, please submit your answer to the front". Tapi, takde sorang pun yang mula bergerak untuk hantar kecuali Mr X ni. Beliau pun berjalan dengan penuh gayanya menghantar jawapan sambil bertawakal kepada Allah atas segala apa yang bakal berlaku. Sebaik sahaja jawapan tu dihantar, pensyarah itu pun berkata begini, "ok baik,this man (Mr X) got his marks for this quiz but the other students dont get any marks. you still can submit but you wont get any marks." bagaikan baru keluar dari mulut harimau, seperti bunga yang kembang mekar di pagi hari, hati Mr X berasa sangat2 bersyukur + terkejut + terperanjat + hiba + sedih + dll. Pensyarah tu tak cek pun kertas jawapan, dan Mr X dapat markah. wahh!!! sangat cool. Walaubagaimanapun , Mr X hanya berkata begini (dalam hati) Allah sudah menentukan segala2nya. Kita seharusnya bersyukur atas setiap sesuatu yang pernah kita terima. Ini suatu pengajaran buat saya dan kita semua termasuklah Mr X. Kadang-kala kita terlupa dengan apa yang pernah kita terima. Ingatkan aku seandainya aku terlupa, sahabat sekalian.